Video| Aliff Syukri kalis dikecam! Lagu Chu Ku Chuk Raya confirm trending! Sah penyanyi #1 negara?

Published by
KitaReporters

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri  Kamarzaman, 36, yang juga dikenali sebagai ‘Abang Terlajak Laris’ meneruskan tradisinya sejak beberapa tahun lalu untuk menghasilkan lagu-lagu bertema hari raya. 

Aliff Syukri yang selama ini mendakwa sebagai penyanyi nombor satu di Malaysia ada alasannya membuat dakwaan sedemikian. 

Ini kerana kesemua video muzik (MV) lagu bertema hari rayanya mampu mencapai jutaan tontonan, mengatasi jumlah tontonan MV lagu hari raya penyanyi-penyanyi popular tanah air.



Klip video ‘Kelepok Raya’ yang mula ditayangkan pada 20 April 2022, sehingga kini telah ditonton lebih 2.65 juta kali. 

Bagi Hari Raya 2023, Aliff Syukri mendendangkan sebuah lagu bercorak pop komersial berjudul ‘Chu Ku Chuk Raya’. Melihat judul lagu itu sudah menarik minat orang ramai untuk mendengarnya. 

Video muzik ‘Chu Ku Chuk Raya’ mula ditayang dalam YouTube Terlajak Laris Channel pada jam 12.02 tengah hari Khamis, 6 April 2023.

Baru 12 jam dilancar, MV ‘Chu Ku Chuk Raya' telah ditonton lebih 100 ribu kali. Dan setelah 24 jam tonton meningkat kepada lebih 200 ribu.


Walaupun menerima kritikan pedas daripada beberapa pihak sehingga ada yang bercadang membuat laporan kepada pihak tertentu agar penyiaran MV itu disekat.

Namun ia tidak melemahkan semangat Aliff Syukri untuk melancarkan MV ‘Chu Ku Chuk Raya’ pada Khamis, 6 Februari 2023.


/

Kereta vintaj ini turut diguna dalam video muzik 'Chu Ku Chuk Raya'

MV ini dilancar selepas 3 hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36 yang juga hari kelahiran anak keenamnya pada Isnin, 3 April 2023.

Justeru dengan dua hari bermakna itu, Aliff syukri yakin MV ‘Chu Ku Cak Raya’ mampu terus trending dalam masa terdekat. - KitaReporters


/

Anak keenam Aliff Syukri lahir pada hari lahir ke-36-nya

8
19
0
14
0

Copy Link: