Gambar Norman Hakim dan Abby Abadi bersama keluarga besar mereka menyambut raya bersama yang menjadi tular dalam media sosial


POLIS mengeluarkan kompaun sebanyak RM2,000 seorang terhadap selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan ziarah raya baru-baru ini.

Kompaun dengan jumlah sama turut dikenakan pada isteri Norman yang juga seorang pelakon iaitu Memey Suhaiza serta suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis telah menerima arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mengeluarkan kompaun berkenaan.

"Kesemua individu terbabit masing-masing telah ditawarkan kompaun sebanyak RM2,000," katanya menerusi satu sidang media menerusi Google Meet pada 27 Mei 2021.

Tular dalam media sosial sebelum ini gambar keluarga kedua-dua selebriti terbabit berkumpul menyambut hari raya 1 Syawal bersama yang dipercayai di kediaman di Hulu Kelang membabitkan kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga.

Norman serta Abby merupakan bekas suami isteri dan hubungan mereka tetap diteruskan sebagai sahabat dan kemesraan keluarga besar mereka sering menarik perhatian ramai dalam media sosial. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0

Copy Link: