Bicara Seni| Video| Kejutan demi kejutan GV! Kak Lina tarik diri! Diganti Elly Mazlein! Ada beza ke?

Published by
Portal Berita Komuniti Berita Menarik

Elly Mazlein janji akan tukar penampilan, namun penonton sangsi lakonannya.

Gegar Vaganza 10 (GV10), yang kini dijenama sebagai All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menggegarkan satu lagi sensasi.

Selepas tamat episod pertama pada Ahad, 24 September 2023, dalam pertemuan dengan wartawan setelah persembahan berakhir, seorang pegawai kanan berkata, Astor akan melihat pandangan orang ramai sama ada penggunaan tiga hos akan dikekalkan atau tidak.

Namun dalam laman sosial, ramai netizen mencadangkan  ASGV mengekalkan dua hos sahaja iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang telah memperlihat kerja cemerlang dari GV1 sehingga GV8. 

Namun pada GV9, Elly Mazlein menggantikan tempat Jihan yang baru lepas bersalin dan sedang berpantang anak kedua. Elly yang lebih popular sebagai Kak Lina Pom Pom mempunyai gara tersendiri dan dianggap sebagai ‘over’.


Elly berasa bersalah atau gimik yang dirancang oleh Astro?

Menyedari ramai yang kurang senang Elly menjadi hos bersama ASGV, bintang sensasi ini membuat hantaran dalam Instagramnya memohon maaf dan akan menukar penampilannya daripada Kak Lina Pom Pom kepada Elly Mazlein.

"Kak Lina meletakkan kesemua kesalahan kepada diri sendiri. Niat Kak Lina untuk menghiburkan, tapi lain pula jadinya. Buat semua orang tak berminat nak tengok ASGV pulak. Sekali lagi, Kak Lina meletakkan kesalahan kepada diri sendiri.

"Ya, ramai yang mencari rezeki di GV. Demi kebaikan semua pihak , Kak Lina takkan muncul lagi di ASGV. Minta maaf segala kekhilafan ya. Kak Lina tak bermaksud apa-apa, memang nak menghiburkan,” 

"Insya-Allah Elly Mazlein akan menggantikan Kak Lina di GV nanti," katanya dalam hantaran di Instagramnya pada pagi Rabu, 27 September 2023.



Apakah sensasi yang dilakukan oleh Elly dibuat atas gerak hati sendiri atau atas arahan Astro? Apa yang dapat dilihat oleh orang ramai, Elly akan kekal bersama Nabil dan Jihan.

Cuma gaya penyampaiannya berbeza, iaitu tidak keterlaluan.



Adakah apa yang dikatakan Elly akan menjadi kenyataan atau masih ‘drama’ di GV. Difahamkan ASGV dirancang dengan sejumlah sensasi yang sukar diduga.

Siapa peserta pertama yang bakal tersingkir adakah seperti yang dijangka atau akan ada kejutan? - KitaReporters


11
12
0
17
0

Copy Link: