GARA-GARA tindakan keras melibatkan krisis keluarga, seorang ibu sempat merasa duduk di dalam lokap selama dua hari (10 Januari 2021) setelah anaknya sendiri membuat laporan polis. Kejadian yang berlaku di daerah Demak, Jawa Tengah, Indonesia itu menarik perhatian seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia, Dedi Mulyadi. : KitaReporters


Puan S (tengah) sempat meringkuk dalam lokap selama dua hari. - Kredit foto: Detik.com


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penjara:

https://kitareporters.com/search?search=penjara


Lapor portal Kompas.com, Dedi berjaya mendapatkan bantuan guaman untuk mengendalikan kes tersebut. Akhirnya wanita berkenaan berjaya dibawa keluar dari lokap setelah dijamin.

Dedi berharap agar kes antara ibu dan anak itu dapat diselesaikan secepat mungkin. Tegasnya, tiada istilah bekas anak atau ibu kerana air yang dicecang tidak akan putus. Ia berikutan wanita berkenaan dan suaminya sudah bercerai. 

Sementara itu, Puan S berterima kasih kepada pihak yang bersimpati dengan kesnya terutama Dedi.

"Terima kasih atas perhatian anda, tuan. Saya harap kes ini segera berakhir. Saya memaafkan anak saya apa sahaja yang dilakukannya, kerana fikirannya belum matang,” katanya sebak.

Dedi Mulyadi (kanan) menenangkan hati Puan S (tengah) yang sedang sedih. - Kredit foto: Tribunews.com


Dedi yang telah terlibat dalam politik selama lebih kurang 30 tahun, menegaskan bahawa sama ada kes undang-undang Puan S digugurkan atau terus diadili, pihaknya terus bersama dan berusaha menjadi orang tengah antara kedua-dua pihak. 

Malah ketika lawatan ke rumah Puan S, Dedi menghubungi anak kandung Puan S yang bertindak membuat laporan polis terhadap ibunya itu menerusi telefon. 



Dalam perbualan mereka, anak yang dikenali sebagai A menjelaskan dia memaafkan ibunya walaupun tindakan ibunya terhadap dirinya dianggap keji.

Tindakan ibunya yang membuang pakaiannya ketika dia dan ayahnya datang untuk mengambil pakaian, membuatkan A jengkel dan terasa hati. Ibunya bertindak sedemikian kerana marah A sering menyebelahi bekas suaminya. Ketika itu juga berlaku sedikit kekerasan si ibu terhadap si anak.

Dedi menghubungi A untuk memujuknya agar menarik balik laporan polis. - Kredit foto: Kompas.com


A yang berusia 19 tahun merupakan pelajar di sebuah universiti di Jakarta dan menetap bersama ayahnya di sana. Menurutnya, dia menjadi mangsa masalah rumah tangga yang dihadapi kedua-dua orang tuanya.

"Saya memaafkan ibu, tetapi saya tidak mahu menarik balik laporan itu. Biarkan proses undang-undang terhadap ibu saya berlanjutan,” tegasnya.

Nampak gayanya Dedi tidak berjaya memujuk hati A agar menarik balik laporan polis terhadap ibunya. Namun, ia tidak mematahkan semangat Dedi kerana yakin lama-kelamaan hati A akan cair.

Perbualan melalui telefon bimbit itu disaksikan oleh keluarga S, termasuk adik A yang masih bersekolah menengah dan abang A. Malah mereka menangis ketika mendengar perbualan ibunya dan Dedi.

Semoga hati A lembut dan sudi menarik balik laporan polis yang telah dibuat. 

Sejahat-jahat ibu, merekalah yang bertarung nyawa melahirkan kita. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran sama ada buat anak atau ibu bapa. - KitaReporters

0
0
2
0
1

Copy Link: