Semakin menghampiri peringkat akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) , para peserta semakin hebat diuji. Dan prestasi peserta terumbang-ambing. Mereka boleh berada dalam kedudukan di atas dan boleh juga berada dalam senarai di bawah.

Memasuki minggu kesembilan iaitu sebelum ke peringkat suku akhir, para peserta Gegar Vaganza (GV) musim ke-10 (GV10) ini perlu sekali lagi menyampaikan lagu secara medley (beraneka).


Pada minggu ke-4 dahulu, para peserta perlu berduet dengan penyanyi popular. Tetapi pada minggu ke-9, mereka perlu berduet dengan penyanyi-penyanyi yang pernah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Astro.

Mereka perlu memperlihat kemampuan vokal menyeimbangkan nyanyian penyanyi jemputan. Sebahagian besar peserta mampu melakukannya. Namun masih terdapat beberapa peserta yang gagal melakukannya. 

Persembahan pasangan duet lebih menonjol. Ini menyebabkan sejumlah peserta terbabit berada dalam senarai di bawah.


Jaclyn perlihatkan kemampuan vokal yang tinggi walaupun mengalami masalah kesihatan

Jaclyn Victor tetap memperlihatkan kemampuan vokalnya walaupun dirinya kurang sihat sepenuhnya

susulan jangkitan laringitis atau keradangan kotak suara. 

Jaclyn mampu menyeimbang vokal Nadeera Zaini iatu juara Big Stage musim 5 (2023) dalam lagu ‘All I Ask’ yang dipopularkan oleh Adele.

Dalam keadaan kesihatan vokalnya tidak pada puncaknya, Jaclyn  tidak menjangka mampu menjuarai minggu ke-9 dengan 82.88 markah.Jaclyn meninggal lebih lima markah berbanding pemenang kedua, Tomok yang memperoleh 77 markah.

Tomok pertama kali berada dalam kelompok tiga teratas.

Tomok mendapat ‘semangat’ daripada pasangan duetnya Black Hanifah yang merupakan rakan lamanya dalam seni. Nyanyian Tomok dan Black dalam lagu ‘Tak Mungkin Berpaling’ nyanyian asal Zamani Slam dianggap berjaya oleh para juri.

Hady Mirza perlihatkan kematangan memberi persembahan bertenaga

Hady Mirza turut berjaya melihat ketenangannya ketika menyampaikan lagu ‘Kamu Yang Ku Tunggu’ bersama Shiha Zikir yang nyanyian asal Afgan & Dato' Seri Rossa. 

Nikki Palikat yang berada di kedudukan terakhir pada minggu ke-8 namun bernasib baik tidak tersingkir kembali memperlihat kemampuan kawalan vokalnya.

Nikki Palikat dan penyanyi jemputan Ara Johari mampu mengolah lagu ‘Drama King’ dengan baik berbeza daripada nyanyian asal kumpulan Meet Uncle Hussain.

Nikki Palikat kembali memberi persembahan bertenaga

Liza Hanim tetap dipuji oleh para juri kerana mampu mendendangkan lagu ‘Hati Kama’ ciptaan Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dengan baik. 

Menurut juri, Liza berjaya melakukan olahan yang baik terhadap lagu yang sudah berusia lebih 30 tahun itu yang nyanyian asalnya oleh Noraniza Idris dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Persembahan dengan Noraniza tidak sah jika tidak disertai puluhan penari yang menjadikan persembahan ‘Hati Kama’ lebih bertenaga.


Naqiu enggan memberi alasan kesihatan menyebabkan persembahannya merosot

Persembahan peserta-peserta lain mendapat teguran para juri kerana gagal memberi persembahan yang baik.

Naqiu mempunyai malah kesihatan, namun enggan menjadikan ia sebagai alasan memberi persembahan buruk. Siti Nordiana juga kurang bermaya, begitu juga dengan Azharina Azhar.

Siti Nordiana masih selamat walaupun persembahannya merosot

Aliff Aziz juga memberi prestasi buruk. Dia gagal mengulangi kejayaan menjuarai minggu ke-8 dahulu. Aliff didapati gagal mengatasi cara nyanyian pasangannya, Zaki Yamani ketika menyampaikan lagu ‘‘Jampi’ nyanyian asal Hael Husaini.

Noryn Aziz pula tersingkir daripada ASGV setelah memperoleh markah terendah iaitu 55.25.

Noryn dipeluk Liza Hanim sebaik diumum tersingkir


Bagi peringkat suku akhir para peserta diberi cabaran lebih sengit. Mereka perlu menggabungkan persembahan dua lagu menjadi satu. Salah satu lagu adalah pilihan Ketua Juri, Datuk Ramli MS.

Jika hanya enam peserta pada peringkat akhir, maka bermakna tiga peserta terpaksa disingkir pada peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Siapa yang bakal tersingkir menjadi perhatian ramai. Tidak mustahil peserta pilihan yang akan tersingkir.  - KitaReporters


Berikut adalah keputusan All Stars Gegar Vaganza minggu ke-9:

01. Jaclyn Victor (82.88 markah)

02. Tomok (77.00)

03. Hady Mirza (73.25)

04. Nikki Palikat (73.13)

05. Liza Hanim (72.75)

06. Naqiu (72.00)

07. Siti Nordiana (63.13)

08. Azhalina Azhar (63.00)

09. Aliff Aziz (62.75)

10. Noryn Aziz (55.25) - tersingkir


12
16
0
9
0

Copy Link: