Video| Piala Dunia 2022: Dominik Livakovic bawa Croatia ke suku akhir! Jepun gagal teruskan kemaraan!

Published by
KitaReporters


PENJAGA gol Croatia, Dominik Livakovic muncul wira pada 6 Disember selepas beliau bertindak cemerlang  dalam penentuan sepakan penalti untuk memastikan pasukannya mara ke suku akhir Piala Dunia 2022.

Jepun berpeluang untuk mencipta sejarah layak ke suku akhir edisi Piala Dunia Qatar ini namun kegagalan menyempurnakan tiga sepakan penalti menyebabkan mereka terpaksa akur tewas 1-3 kepada Croatia


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia



Bermula satu gerakan cantik, Jepun akhirnya membuka tirai jaringan menerusi Daizen Maeda pada minit ke-43. 

Jepun cuba mempertahan kelebihan jaringan itu namun Croatia berjaya bangkit dengan pantas untuk menyamakan kedudukan selepas Ivan Perisic pasa mintk ke-53. 

Kedua-dua pasukan terus mengatur serangan terutama Jepun dengan larian pantas dan serangan balas laju.  



Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedudukan terikat 1-1. Croatia dilihat lebih bermain secara bertahan dan mereka sememangnya ingin bermain dalam penentuan sepakan penalti. 

Bagi skuad Samurai Biru, mereka tidak mahu perlawanan dibawa ke sepakan penalti dan terus melakukan pelbagai gerakan dan serangan untuk mencari gol kemenangan. Beberapa peluang yang hadir gagal disempurnakan dengan baik menyebabkan Jepun terpaksa berputih mata. 

Pada hujung minit permainan, Croatia hampir mendapatkan jaringan namum percubaan tersebut sedikit tersasar. 

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti dan Croatia ternyata lebih bersedia berbanding Jepun. 

Livakovic seperti sudah dapat membaca setiap arah sepakan pemain Jepun dan berjaya menafikan tiga dari empat sepakan. Sementara Croatia pula tiada masalah meskipun seorang pemain mereka tidak berjaya menyempurnakan sepakan penalti. 

Kemenangan Croatia ini membolehkan mereka ke pusingan seterusnya dan bakal berjumpa Brazil. - KitaReporters


10
18
0
9
0

Copy Link: