Video| Piala Dunia 2022: Messi bawa Argentina ke suku akhir! Tundukkan Australia 2-1! Temu Belanda!

Published by
KitaReporters


CALON juara Piala Dunia 2022, Argentina melepasi halangan pada pusingan 16 terakhir selepas menewaskan wakil Asia, Australia 2-1 pada 4 Disember 2022 untuk mara ke suku akhir.

Dalam perlawanan itu, ketua pasukan mereka, Lionel Messi memainkan peranan sangat penting dan menjadi nadi utama kejayaan Argentina dalam perlawanan ini. 

Australia seperti sukar untuk mengimbangi perlawanan apabila lawan mereka menguasai sebahagian penuh separuh masa pertama. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia



Beberapa peluang terbaik hampir meletakkan mereka di hadapan. La Abiceleste terpaksa menunggu sehingga minit ke-35 untuk mendahului perlawanan. 

Jaringan hadir dari pemain harapan mereka, Messi selepas lakukan satu percubaan cantik menewaskan penjaga gol Australia. 

Julian Alvarez mengukuhkan Argentina untuk gol kedua pada minit ke-57 bagi mendahului 2-0. 

Dalam mengasak untuk mendapatkan gol ketiga, Australia merapatkan kedudukan selepas pemain Argentina, Enzo Fernandez tertampan ke gol sendiri. 



Pada hujung permainan, Australia mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan. 

Namun Argentina harus berterima kasih selepas penjaga gol mereka, Emiliano Martinez berjaya menggagalkan percubaan itu bagi memastikan kemenangan milik mereka.  

Prestasi terbaik oleh Messi dalam perlawanan tersebut membolehkan beliau dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. 

Argentina akan bertemu Belanda pada perlawanan suku akhir pada 10 Disember 2022. - KitaReporters


15
10
0
16
0

Copy Link: