Nur Azwaadiey Rosli mengajar pelajar Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu.


Pengalaman mengajar selama tiga tahun dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan menarik minat siswazah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian (Teknologi Maklumat), Nur Azwaadiey Rosli, 26, untuk mengisi kekosongan lebih 18,000 guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor seperti yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada 19 Jun 2021 lalu.

Mantan Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa TM ini berkata, selepas Konvokesyen 2019 dia telah ditawarkan untuk mengajar di Pondok Moden Darussalam Changlun, Kedah.

Walaupun pengajiannya dalam bidang Teknologi Maklumat namun dia berupaya mengajar subjek Bahasa Melayu dan Sejarah selain daripada subjek Teknologi Maklumat untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan guru 


Nur Azwaadiey (berbaju merah) bersama pelajar Pondok Moden Darussalam Changlun, Kedah.


Bekas pelajar SM Ugama Maahad Pengajian Islam Kota Bharu ini sentiasa membantu pelajar-pelajar sekolah itu setiap kali Nur Azwaadiey berkelapangan.


Pemidato UUM, pelakon, penulis skrip dan dokumentari ini juga sentiasa menjadi rebutan pihak penganjur untuk menjadi moderator dan pengacara dalam majlis-majlis yang dianjurkan.

Anak keempat daripada lima beradik ini telahpun mengambil langkah pertama dengan membuat permohonan mengisi kekosongan di Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengumumkan akan membuat pengambilan khas guru secara 'one-off' (sekali ambil) bagi mengisi kekosongan 18,702 orang guru di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

“Pengalaman mengajar dan galakan daripada bekas guru, pensyarah dan rakan-rakan membuatkan saya tidak sabar  hendak menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan itu,” katanya ketika dihubungi.



Walaupun tarikh iklan pengambilan baru dibuka pada 7 Julai 2021 lalu yang kemudian diikuti dengan penempatan secara berperingkat-peringkat bermula pada Oktober 2021 nanti, namun Nur Azwaadiey tetap bersedia dan tidak sabar memenuhi tanggungjawab sebagai seorang guru jika dipilih nanti.

Katanya, pandemik koronavirus COVID-19 ini mengajar semua pihak terutama ibu bapa dan guru lebih bersedia dengan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) secara tidak langsung memberi kelebihan kepadanya yang memiliki Ijazah Teknologi Maklumat dan pengalaman mengajar secara online.


Bengkel pendedahan dalam bidang Artificial Intelligence seperti lakonan, penulisan, animasi dan permainan kepada murid Sekolah Kebangsaan Seberang Perak, Alor Setar.


Alumni UUM ini yang mempunyai pengalaman dalam menyediakan kertas kerja, menganjurkan program dan aktif dalam kerja kemasyarakatan ini diharap menjadi antara 18,702 yang terpilih bagi mengisi kekosongan jawatan guru di KPM nanti.

Biarpun, pengambilan khas itu akan memberi tumpuan kepada calon yang mempunyai iktisas pendidikan, namun sebaliknya KPM diharap akan membuat pengambilan secara menyeluruh dengan mengambil kira latar belakang pendidikan calon yang bersesuaian dengan kekosongan guru mengikut mata pelajaran. - KitaReporters


Nur Azwaadiey (kiri) memberi penerangan kepada pelajar yang mengunjungi  karnival Jom Masuk U 2019 di MAEPS, Serdang.


Nur Azwaadey berlakon dalam drama "Inikah Cinta" yang ditayangkan di TV3.


Berlakon dalam video pelajar untuk Rancangan Bajet Bijak Belanja untuk terbitan RTM1.


Antara keratan akhbar dan lakonan Nur Azwaadiey.

4
1
0
0
0

Copy Link: