Diberi betis nak paha! Kisah peminta bantuan tak bersyukur! Minta macam-macam! Mahu berjenama!

Published by
KitaReporters


PADA zaman PKP ini, berpuluh-puluh panggilan yang menyatakan kesudian untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan demi kelangsungan hidup lagi-lagi ramai yang terdesak semasa pandemik Covid-19 yang melanda sekarang.

Oleh itu ramai orang yang memohon bantuan untuk meneruskan kehidupan dari segi barang keperluan yang penting. Namun ada juga dalam kalangan mereka yang tidak bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bantuan makanan


Kisah ini dikongsikan dalam Facebook Iesya Toh mengenai insan yang meminta bantuan dengan cara yang agak kurang menyenangkan. Si peminta bantuan menyenaraikan barang bantuan yang diperlukan lebih daripada kemampuan si penyumbang

Apa yang lebih mengejutkan si peminta memohon barangan basah juga dan memohon jenama yang elok untuk beras serta pampers anaknya.

Si pemberi merasakan permintaannya melampau dan beliau sengaja memberi anggaran jumlah yang perlu dibayar oleh individu tersebut terhadap barang yang dipohon. 

Tambahnya, barangan tersebut akan dihantar setelah bayaran dilakukan.



Katanya, ada juga orang yang meminta bantuan daripadanya untuk membelikan TV. Bukan itu sahaja, ada juga siap minta bayarkan bil tertunggak dan sewa rumah juga.

"Sungguh.. ada yangg minta bantuan TV.. ada yang minta bantuan bil elektrik yang RM2000++ (tunggakkan), belum lagi yang minta Wang deposit sewa umah, RM2600….” tulisnya.

Inilah manusia yang tidak langsung bersyukur. Sudah diberi betis hendak paha. 

Masih lagi ramai orang yang memerlukan bantuan, jadi jangan meminta berlebihan jika ada orang yang sudi membantu. - KitaReporters


Kredit foto: FB Haji Mohd Zaffarollah

0
1
3
0
0

Copy Link: