Tuan rumah dan jurugambar masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 setelah ingkar SOP PKP kerana menganjurkan majlis perkahwinan.


KEALPAAN sebuah keluarga dan seorang jurugambar majlis perkahwinan di Butterworth, Pulau Pinang daripada mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengundang padah apabila masing-masing dikompaun RM2,000 pada 11 Jun 2021.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata hasil pemeriksaan dijalankan polis di sebuah rumah kira-kira jam 1 petang mendapati terdapat seramai 20 individu berkumpul meraikan majlis perkahwinan.

Menurutnya, majlis perkahwinan anak lelaki tuan rumah tersebut membabitkan 19 ahli keluarga berusia 16 hingga 50 tahun termasuk seorang jurugambar.

“Memandangkan SOP PKP tidak membenarkan penganjuran sebarang majlis ketika ini, penganjur majlis kahwin tersebut dan jurugambar berkenaan masing-masing dikompaun RM2,000 kerana ingkar SOP.

“Tindakan seumpama itu (anjur majlis) amat dikesalkan kerana masih ada individu yang gagal patuhi SOP dan bersikap pentingkan diri sendiri tanpa hiraukan situasi semasa jangkitan Covid-19 ketuka ini,” katanya yang dipetik oleh laporan Utusan Malaysia, 12 Jun 2021.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Noorzainy memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan 41 kompaun pada 11 Jun 2021 dengan kesalahan merentas negeri dan daerah paling tinggi membabitkan sembilan individu. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

 

 

 

0
2
0
2
0

Copy Link: