SEBANYAK 731 peruncit, pemborong dan pengilang di seluruh negara terpilih bagi menyelia bekalan barang keperluan asas ketika musim banjir yang kemungkinan melanda negara terutama di Pantai Timur menjelang akhir tahun 2021.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, ia membabitkan 428 peruncit terpilih daerah (Dedicated Retailer atau DDR), 299 pemborong terpilih daerah (Dedicated Wholesaler atau DDW) dan empat pengilang terpilih daerah (Dedicated Manufacturer atau DDM) di 246 kawasan di seluruh negara.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan KPDNHEP


Rosol Wahid


"Peruncit dan pemborong terbabit telah diberikan kebenaran untuk menyimpan tambahan 30 peratus kuota bekalan makanan dan keperluan asas terutama dalam menghadapi jangkaan musim tengkujuh.

"Ini sebagai persediaan untuk memastikan kecukupan bekalan makanan dan keperluan di 1,030 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan penduduk di kawasan berisiko banjir seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Initiative - ReDI) di Pasar Besar Kuala Berang, Hulu Terengganu pada Sabtu, 30 Oktober 2021.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh; dan Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu, Saharuddin Mohd Kia.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan mengelakkan membuat pembelian secara banyak atau berlebihan kerana bekalan barang kawalan dan keperluan asas sentiasa mencukupi.


Rosol menyampaikan replika  sijil Pendigitalan Sektor Peruncit kepada seorang peniaga



Dalam perkembangan berlainan, Rosol memaklumkan kementeriannya kini menumpukan peniaga pada peringkat mikro dan kecil agar dapat menerima serta mengguna pakai e-wallet (e-dompet) terutama di kawasan luar bandar,

"KPDNHEP sasarkan 15,200 peniaga kecil dan mikro di luar bandar seluruh negara akan menerima manfaat melalui pelaksanaan ReDI

"Kita akan jalinkan kolaborasi strategik bersama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan serta setiap KPDNHEP negeri bagi laksanakan program ini. Seramai 100 peniaga (di setiap PBT)  disasarkan menyertai Program ReDI menjelang akhir 2022.  

"Jika dapat dilaksanakan, kita yakin sasaran awal 15,200 peniaga restoran, medan selera, gerai, peniaga pasar tani, pasar malam, pasar basah dan pasar borong, selain kedai runcit dan kedai pengkhususan di luar bandar seluruh negara akan menerima manfaat dan turut serta dalam memberi pilihan kepada pengguna," ujarnya. 

Untuk info, ReDI merupakan usaha KPDNHEP dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa rakan strategik daripada penyedia e-wallet dalam menggalakkan pemain industri sektor peruncitan untuk mengikuti perkembangan teknologi digital. - KitaReporters


Rosol menyampaikan cederamata kepada seorang peniaga kedai runcit

 

8
12
1
12
0

Copy Link: