PELAKON Dwayne Johnson The Rock mempertahankan kedudukan sebagai pelakon yang menerima bayaran paling tinggi di dunia untuk tahun kedua berturut-turut setelah pertama kali mengungguli carta kejayaan pada tahun lalu. Terdapat dua pelakon Asia dalam carta tersebut. Siapakah mereka?? : KitaReporters

DWAYNE JOHNSON @ The Rock memperoleh pendapatan paling tinggi dalam senarai 10 pelakon pada tahun 2020 ini. - Kredit  foto: Wikipedia.


Tahun 2020 ini, bekas jaguh gusti itu memperoleh pendapatan AS$87.5 juta (RM367.3 juta). Daripada jumlah tersebut, sebanyak AS$23.5 juta (RM99 juta) adalah melalui peranannya dalam filem keluaran Netflix berjudul Red Notice.

Bagaimanapun menurut laporan Variety, jumlah pendapatan yang diperoleh oleh Johnson tahun 2020 ini merosot sedikit dibandingkan dengan tahun 2019 sebelumnya. Tahun lalu dalam tempoh yang sama, dia memperoleh pendapatan AS$89.4 juta (RM375.26 juta), termasuk bayaran bagi filem Jumanji: The Next Level dan projek-projek lain.

Kali pertama pelakon ini mengecap kejayaan sebagai bintang paling tinggi menerima bayaran ialah  pada 2016 dengan pendapatan keseluruhan AS$64.5 juta (RM271 juta).

The Rock dalam filem 'Jumanji The Next Level'. - Kredit foto: Liputan6.com


Walaupun pada keseluruhannya para pelakon yang menduduki senarai menerima bayaran paling tinggi ialah bintang Hollywood, dua pelakon Asia berjaya menempatkan diri antara 10 pelakon menerima bayaran tertinggi ini.

Mereka ialah pelakon Bollywood, Akshay Kumar, suami aktres Twinkle Khanna dan menantu Rajesh Khanna serta Dimple Kapadia. Dia menduduki tangga keenam dengan pendapatan AS$48.5 juta (RM204 juta).

AKSHAY Kumar dalam filem box-office 'Gabbar'. Dia menduduki tangga keenam pelakon paling tinggi pendapatan. - Kredit foto: Neflix UK


Seorang lagi ialah pelakon kong fu dan aksyen yang tidak asing lagi, Jackie Chan. Dia berada di tempat ke-10 dengan pendapatan AS$40 juta (RM168 juta).

Bagi Akshay Kumar, ini pasti membanggakan kerana penglibatannya lebih tertumpu kepada dunia filem Bollywood dibandingkan dengan Jackie Chan yang memang telah banyak membintangi filem Hollywood selepas menempa nama di Hong Kong.  

JACKIE CHAN -  Kredit foto: IMDb.com


Menerima bayaran kedua tertinggi di belakang The Rock ialah pelakon Ryan Reynolds yang juga gandingannya dalam Red Notice. Dia memperoleh pendapatan AS$71.5 juta (RM300.1 juta) dengan AS$20 juta (RM84 juta) adalah melalui flem berkenaan. Selain itu AS$20 juta lagi ialah melalui sebuah lagi filem Netflix berjudul Six Underground.

RYAN REYNOLDS - Kredit foto: IMDb.com


Seorang lagi bintang Netflix, Mark Wahlberg, menduduki tempat ketiga dengan pendapatan AS$58 juta (RM243.5 juta). Pendapatannya diperoleh melalui filem aksyen komedi Spencer Confidential di smapng peranannya sebagai tenaga produksi dalam dokumentari seperti McMillions dan Wahl Street.

MARK WAHLBERG - Kredit foto: IMDb.com


Ben Affleck pula menduduki tangga keempat dengan pendapatan AS$55 juta (RM231 juta), termasuk bayaran bagi filem seperti The Way Back danThe Last Thing He Wanted.

BEN AFFLECK - Kredit foto: Wikipedia


Tempat kelima diduduki oleh Vin Diesel yang masih mampu memperoleh AS$54 juta (RM227 juta) walaupun tarikh tayangan Fast and Furious 9 ditangguhkan. Peranannya sebagai tenaga produksi dalam siri animasi Netflix Fast and Furious Spy Races juga memberi pulangan lumayan kepadanya.

VIN DIESEL - Kredit foto: USATODAY.com


Tempat keenam ialah bintang Gabbar dan Boss, Akshay Kumar yang beroleh pendapatan AS$48.5 juta (RM204 juta) sementara Lin-Manuel Miranda berada pada tempat ketujuh dengan AS$45.5 juta (RM191 juta).

LIN-MANUEL MIRANDA - Kredit foto: Golden Globe


Bintang Bad Boys dan Men In BlackWill Smith menduduki tangga kelapan dengan AS$44.5 juta (RM187 juta) dan Adam Sandler di tempat kesembilan dengan pendapatan AS$41 juta (RM17 juta), yang diikuti oleh Jackie Chan di tangga ke-10 dengan pendapatan AS40 juta (RM168 juta).

WILL SMITH - Kredit foto: IMDb.com


ADAM SANDLER - Kredit foto: IMDB.com


Sementara itu, senarai bagi pelakon wanita menerima bayaran paling tinggi masih belum dikeluarkan. Tetapi keseluruhan pendapatan 10 pelakon dalam senarai ini dijangka hanya dalam lingkungan AS$314.6 juta (RM1.3 bilion) sahaja. KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: