Menziarah penduduk yang uzur.


Wajahnya di mana-mana. Jika ada  masalah yang berlaku, dia akan muncul. Tidak kira masa. Orangnya sangat tenang. Selalu tersenyum. Tidak hairan kenapa dia menjadi tempat penduduk mengadu hal.

Dia bukan sesiapa, hanya hamba Allah yang mencari pahala dengan caranya tersendiri. Membantu dan prihatin dengan apa sahaja masalah yang membabitkan penduduk di daerah Baling
"Apa yang saya buat adalah kerana Allah. Bukan untuk mengejar pujian dan nama. Semata-mata kerana Allah,"  kata Jhangir Khan Khatem Khan, 55, Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Penduduk Baling (PERKEBA).

Lagi cerita-cerita berkaitan apa berlaku di Baling

 Jhangir Khan Khatem Khan


Dilahir dan dibesarkan di Kampung Seberang, pekan Baling,  Jhangir yang lebih mesra disapa Che An berkata, pengalaman aktif dalam belia sejak remaja mendorongnya bergiat aktif dalam kerja amal dan aktiviti sosial di daerah kelahirannya itu.

"PERKEBA adalah pertubuhanyang ditubuhkan pada 2010 dan diluluskan pendaftarannya pada 2011. Kami sebagai perantara antara agensi-agensi kerajaan, NGO dan individu yang mahu bekerjasama melakukan aktiviti amal di daerah Baling
"Kami juga membantu mereka yang susah dan perlukan bantuan tetapi terlepas pandang oleh pihak yang berkaitan," katanya. 
Menurut Jhangir lagi, pihak PERKEBA mengambil pendekatan menyantuni penduduk yang perlukan pertolongan dari hati ke hati
"Kami menyantuni penduduk dengan melawat mereka untuk mengetahui apa bantuan yang mereka perlukan. Berbual dari hati ke hati dan menyelami masalah mereka. Setelah itu baharu kami aturkan bantuan yang sepatutnya mereka dapat. 
"Cara ini lebih mudah. Tidak ada yang terlepas pandang dan mereka yang memerlukan tidak menunggu lama untuk mendapat bantuan," jelas Jhangir lagi.

Bantuan kepada penduduk yang memerlukan


Banyak program dan aktiviti serta bantuan yang telah PERKEBA lakukan. 

Antaranya aktiviti bersama orang Asli di Baling, ziarah penduduk yang sakit dan uzor, mangsa kebakaran dan terkini membantu mangsa banjir lumpur yang masih memerlukan bantuan

"Walaupun kejadian sudah lebih sebulan berlalu dan bantuan pula semakin kurang, PERKEBA tetap menjalan tanggungjawab terhadap kebajikan penduduk yang masih trauma dengan kejadian tersebut, " ujar Jhangir lagi. 

Menurutnya, pada permulaan tragedi ramai yang datang membantu. Menghulurkan bantuan berupa makanan, keperluan asas dan wang tunai. 

"Tetapi keadaan tidak selamanya begitu. Jadi menjadi peranan PERKEBA untuk meneruskan usaha mendapatkan bantuan buat kesinambungan hidup penduduk Baling," tambahnya. 

Mangsa kebakaran juga diberi perhatian dan bantuan.


Menurut Jhangir, beliau juga berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PERKEBA yang turut memberi komitmen terhadap program dan kerja amal yang dibuat setakat ini. 

Menurut Jhangir lagi, PERKEBA juga akan melaksanakan projek Wakaf Quran untuk disumbangkan kepada sekolah-sekolah dan surau serta masjid
"Insya-Allah jika segalanya berjalan lancar program tersebut akan digerakkan ke sekolah-sekolah di Kedah. Jika sekolah tersebut tidak ada rehal, PERKEBA akan berusaha mendapatkan rehal juga," kata Jhangir Khan. 

Mohd. Nazry Mat Bidin


 Sementara itu, pengasas PERKEBA yang juga Setiausaha, Mohd. Nazry Mat Bidin,  42, pula berkata  berpengalamannya meluas dalam NGO akan digunakan untuk membantu penduduk daerah Baling yang perlukan pertolongan. 

"Saya terfikir menubuhkan PERKEBA semasa bapa saya jatuh sakit. Waktu itu saya menetap di Terengganu dan bergiat aktif dalam NGO di sana. 
"Sedihnya tidak ada sesiapa datang bertanya khabar dan membantu. Dari situ saya terus tergerak hati menubuhkan PERKEBA supaya penduduk lain di derah Baling tidak mengalami keadaan yang sama seperti bapa saya," cerita Mohd. Nazry. 

Program bersama penduduk Orang asli di daerah Baling.


Menurut  Mohd. Nazry PERKEBA telah berusia 12 tahun. Mempunyai 60 orang ahli dan 11 orang Ahli Jawatankuasa
"Tugas PERKEBA sebagai pengantara kepada NGO, agensi agensi kerajaan dan individu yang berhajat menyalurkan bantuan atau sumbangan mereka kepada penduduk yang memerlukan pertolongan
"Biasanya kami akan bantu mereka mengatur program di mana mereka boleh menyampaikan sumbangan dengan lebih teratur dan sampai ke sasaran," tambah Nazry. 
Semasa PKP kata Nazry, PERKEBA bergerak aktif membantu penduduk kampung yang terputus bekalan makanan dan keperluan asas yang lain. 
Dengan kerjasama pihak berkuasa, kami diberi kebenaran masuk ke kampung-kampung untuk meletakkan makanan dan keperluan asas di hadapan rumah penduduk," tambah Mohd. Nazry. 

Bersama SAHOCA Bikers Legend di Baling baru-baru ini.


Terbaharu PERKEBA bekerjasama, dengan SAHOCA Bikers Legend dan team Telekung Siti Aishah untuk menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga mangsa banjir lumpur di kampung Iboi, Baling
Mereka yang berhajat menyumbang dan membantu penduduk Baling dengan kerja-kerja amal serta sumbangan bantuan boleh menghubungi PERKEBA mealui  011 10861629 (Jhangir Khan/Mohd Nazry). - KitaReporters

18
6
0
14
0

Copy Link: