Video| Liga Super 2022: Harimau Selatan baham Harimau Kumbang, 1-0! JDT terpaksa berhempas pulas!

Published by
KitaReporters

Kredit foto-foto: FB JDT


Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas tuan rumah, Penang Football Club (FC) dalam persaingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam tadi (20 Julai 2022). 

Penang FC turun ingin mengutip sekurang-kurangnya satu mata menggunakan corak permainan bertahan dan taktikal yang diserapkan oleh ketua jurulatih mereka, Zainal Abidin Hassan ternyata menjadi apabila JDT sukar untuk menebusi pertahanan Penang FC dalam usaha mencari gol. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Liga Super 2022


JDT terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk masuk dan mencari gol namun sering kali berjaya dipatahkan serangan mereka.  

Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Penang FC, Hafizul Hakim apabila banyak menyelamatkan bola berbahaya yang sepatutnya sudah menghasilkan gol untuk JDT. 

Penang FC berpeluang untuk menjaringkan gol namun penyerang import mereka, Lucas Silva menpersia-siakan peluang keemasan tersebut. 



Jaringan yang dicari-cari oleh JDT akhirnya menjelma pada minit ke-69 apabila gerakan cantik dan hantaran baik dari Arif Aiman berjaya ditanduk masuk oleh Fernando Rodrigue untuk mengecewakan Hafizul. 

JDT cuba mencari gol tambahan namun Penang FC lebih ampuh untuk menyekat serangan mereka dalam mencari gol. 

Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan JDT selaku pendahulu liga sementara Penang FC terus menghuni tangga tercorot liga. 

Biarpun berada di tangga tercorot liga, Penang FC boleh tarik nafas lega kerana persaingan musim ini tiada penyingkiran kerana musim hadapan akan ada 18 pasukan dalam saingan Liga Super. - KitaReporters


12
11
0
18
0

Copy Link: