Juara bertahan dua tahun berturut-turut, Kuala Lumpur (KL) Thunder terpaksa akur apabila ditunjukkan jalan keluar dari saingan Sepak Takraw League (STL) Champions Cup (Piala Juara-Juara) 2023 pada 2 Ogos 2023.

KL Thunder yang turun selaku pasukan pilihan bagaimanapun gagal untuk menyerlah selepas kalah dua daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan. 

Mereka hanya mampu menang ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) straight set 2-0 sebelum tewas kepada Negeri Sembilan Antlers dan Penang Black Panther dengan keputusan 0-2 pada peringkat kumpulan B. 

Kekalahan ini bukanlah sesuatu yang dijangka apabila regu KL ini merupakan regu utama skuad kebangsaan. 

Penang Black Panther dan Negeri Sembilan Antlers berjaya menempah tiket ke separuh akhir dan akan menanti lawan mereka dari kumpulan A. 

Saingan STL Champions Cup berlangsung dari 30 Julai hingga 5 Ogos 2023 di Iskandar Malaysia Studio (IMS) Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim. - KitaReporters


14
11
0
8
0

Copy Link: