Video| Jangan buat body shaming, bukan jenaka! Janna Nick tersinggung diejek gemuk, paha besar!

Published by
KitaReporters

Pelakon dan penyanyi Janna Nick, 27, tersinggung menjadi mangsa body shaming (mengejek bentuk badan) dalam media sosial.

Pemilik nama Nurul Janna Muner ini dikatakan berbadan agak gemuk serta ukuran pahanya besar menyebabkan dia terfikir untuk melakukan pembedahan bariatik atau lebih dikenali pintasan perut atau potong usus.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Janna Nick



Namun Janna membatal hasrat untuk melakukan pembedahan bariatik kerana risiko tertentu, sebaliknya mengambil keputusan melakukan senaman secara teratur.

Dia berazam untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi membuktikan dirinya boleh mendapatkan kembali bentuk tubuh yang langsing

“Hari ini aku sedih... selama ini aku tidak pernah peduli orang cakap gemuk atau paha besar. Tetapi kali ini aku betul-betul terasa sampai terfikir nak potong perut. Aku akan buktikan aku boleh kurus,” katanya.




Janna berkongsi luahan hatinya menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam laman Instagram pada Selasa, 24 Mei 2022.

Dalam video tersebut, penyanyi lagu ‘Gatal’ ini dilihat memulakan sesi latihan di sebuah gimnasium. Janna turut  meninggalkan pesanan kepada pengikutnya supaya tidak melihat isu body shaming sebagai sesuatu bahan jenaka.



“Biarlah orang nak sakitkan hati aku, yang penting aku tak sakitkan hati orang.

“Aku harap orang yang tengok video ini berhenti body shaming orang lain. Jangan jatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri,” katanya.

Perkongsian Janna itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut. Rata-ratanya meminta Janna untuk terus kuat dan tidak memikirkan kata-kata negatif dan kutukan berkenaan.



Dalam program I Can See Your Voice musim 5 (ICSYV 5) episod 3 pada Ahad, 22 mei 2022 lalu, aksi Janna Nick menjadi tular apabila dia sebagai salah seorang juri tetap jatuh terkangkang dari kerusinya

Adegan itu menjadi satu daya tarikan bagi program ICSYV 5 episod 3 itu. - KitaReporters



10
18
0
19
0

Copy Link: