Tindakan kumpulan Southern Volunteers dari Johor yang bergerak mendekati penduduk setempat dalam usaha memastikan mereka mendapat suntikan vaksin Covid-19 harus diberikan pujian. 

Menggunakan tema Ambush Daftar Vaksin yang disertai anak-anak muda termasuk artis dan pelawak terkenal, Shahrol Azizie Azmi atau Shahrol Shiro merupakan tindakan bagus kerana ketika ini kita tahu masih ramai yang belum mendaftar dek kerana beberapa halangan seperti tidak arif guna teknologi


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shahrol Shiro



Jika dilihat dalam media sosial Facebook Shahrol, kita boleh lihat mereka begitu gigih membantu dalam memastikan rakyat negeri Johor terus mendapat suntikan vaksin, sekali gus menjadi negeri penerima suntikan vaksin tertinggi di Malaysia. 

Apa yang bagus, pasukan Southern Volunteers ini disertai anak muda dan ini satu perkembangan yang baik bagi golongan belia di Malaysia amnya dan di Johor khususnya.




Malah Pengerusi Jawatankuasa Pelacongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut datang melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Segamat baru-baru ini. 

Wahh terbaikk laaa.... Penulis puji pasukan Southern Volunteers dan Shahrol kerana usaha mereka ini pasti akan membantu rakyat yang memerlukan terutama golongan tua. 

Moga pasukan ini akan terus meluaskan kawasan 'jajahan' mereka dalam memastikan kesemua rakyat Johor dapat menerima vaksin Covid-19. - KitaReporters



9
0
1
0
0

Copy Link: