Berita Terkini| Vaksin AstraZeneca terus digunakan! Banyak manfaat kebaikan meskipun berisiko

Published by
KitaReporters

DATUK SERI DR ADHAM BABA 


MESYUARAT Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada 6 April 2021 memutuskan kerajaan akan terus menggunakan vaksin Covid-19 AstraZeneca berikutan manfaatnya yang lebih menjurus kepada kebaikan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Tandatangan Nota Kerajaan antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada 6 April 2021.

Menurut beliau, pihaknya maklum dengan kesan serta faktor yang menyebabkan berlakunya pembekuan darah (thrombosis) selain kesan sampingan lain daripada penggunaan vaksin itu.

“Antara perkara dibincangkan sewaktu mesyuarat dipengerusikan bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin itu juga tentunya vaksin dari United Kingdom iaitu AstraZeneca. Kita ambil maklum elemen seperti kesan sampingan buruk dan faktor menyebabkan ‘thrombosis’.

“Kita sudah buat perjanjian untuk dapatkan vaksin AstraZeneca dari kilang di Thailand serta kemudahan COVAX di Korea Selatan,” katanya. - KitaReporters

1
0
0
1
0

Copy Link: