Sayunk I Love You! Lagu nyanyian Siti Maryam dapat sambutan luar biasa! Lagu ciptaan ayah sendiri!

Published by
KitaReporters


PENYANYI muda yang mencipta nama dalam industri muzik tanah air, Siti Maryam Ahmad Sairi semakin dikenali dek kerana lagu nyanyian beliau itu viral dalam semua platform media sosial terutama TikTok

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Chombi telah menyanyi lagu cipta ayahnya sendiri bertajuk, Sayunk I Love You

Lagu ini sebenarnya begitu cliche namun bagi orang ramai lagu ini seperti melekat terus pada jiwa para pendengar. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi baharu


Lagu ini juga telah digunakan untuk diletakkan dalam video pengguna Tiktok dan ia terus membuatkan lagu ini semakin dikenali orang ramai.  

Setakat ini, lagu yang dimuat naik dalam Youtuber Padu Records telah mencatat lebih 8 juta tontonan sejak sebulan yang lalu. 



Mungkin ramai tidak tahu, pencipta lagu ini adalah ayah Chombi sendiri dan tidak asing lagi dalam dunia muzik tanah air iaitu Harry Khalifah. Usia Chombi pun baru 15 tahun tetapi lagu kedua beliau ini telah cipta fenomena dalam media sosial

Menurut Harry, selepas kejayaan lagu ini, beliau akan keluarkan lagu sambungan daripada cerita ini dan untuk penyanyi, beliau masih belum pasti siapa insan bertuah itu. 

Beliau sentiasa terbuka kepada siapa sahaja yang hendak dan boleh bawa lagu itu dengan baik. 

Pada masa yang sama, Harry telah memberitahu Chombi untuk bercinta mestilah selepas usia 18 tahun ke atas dan dirinya terbuka menerima siapa pilihan anaknya itu. 

Tapi apa yang penting, harus ada tanggungjawab dan boleh jaga anak beliau dengan baik. - KitaReporters


14
11
0
16
0

Copy Link: