Satu lagi kejutan terhadap program hiburan popular Gegar Vaganza-9 (GV9) apabila ia ditambah seminggu lagi bagi menyaksikan pentas akhir dianjak dari 20 November kepada 27 November 2022.

Ia menyebabkan kesemua sembilan peserta pada minggu kelapan terselamat daripada penyingkiran.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Gegar Vaganza


Dina Nadzir yang menduduki tempat terakhir dengan cuma memperoleh 60.6 markah masih selamat. Juri berpendapat Dina gagal melakukan pembaharuan terhadap lagu ‘Hijau’ yang dipopular oleh Zainal Abidin.

Jaclyn Victor kembali memperlihat kemampuan vokalnya dan kembali menjuarai minggu kelapan dengan mendapat 85 markah.

Ketua juri, Datuk Ramli MS menyifatkan prestasi Jac sukar diduga. Ada ketika persembahan merosot dan ada ketikanya melonjak.



Kejutan paling besar dilakukan oleh kumpulan VE. Kumpulan ini semakin memperbaiki mutu persembahan persembahan termasuk menyanyi secara berharmoni dengan baik dan berjaya menduduki tempat kedua dengan 80.4 markah melalui lagu ‘Rozana’ yang dipopularkan oleh kumpulan Search.
Mereka memperlihatkan bakal menjadi salah satu peserta peringkat akhir GV9.


Tomok seperti biasa melakukan kelainan dari segi gaya persembahan. Menjadi ‘pendekar’ ketika menyampaikan lagu ‘Mentera Semerah Padi’yang dipopular M Nasir, Tomok menduduki tempat ketiga dengan 79 markah. 

Kedudukan Shila Amzah semakin goyang. Pertama kali Shila menduduki tangga keenam. 

Dengan kedudukan Shila semakin menurun seperti yoyo, bukan mustahil jika dia gagal memasuki peringkat akhir nanti.



Asheed Def Gab C dianggap sentiasa bernasib baik apabila masih tidak tersingkir walaupun sudah beberapa kali berada dalam dua tangga terbawah. Bukan mustahil Asheed mampu menjadi salah seorang peserta berjaya ke peringkat akhir GV9.

GV9 dikatakan penuh dengan kejutan. Bukan mustahil peserta ke peringkat akhir menjadi tujuh, bukannya enam seperti biasa. Atau mungkin kesemua peserta akan ke peringkat akhir.

Selain tiga juri tetap iaitu Ramli MS (ketua), Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, minggu kelapan turut mengundang penyanyi Indonesia Raisa sebagai juri jemputan. - KitaReporters


Berikut adalah senarai kedudukan peserta pada minggu kelapan GV9 :

01. Jaclyn Victor (85 markah)

02. Kumpulan VE (80.4)

03. Tomok (79.1)

04. Hazrul Nizam (73.4)

05. Bob Yusof (72.9)

06. Shila Amzah (71.2)

07. Fuad Rahman (67.8)

08. Asheed Deb Gab C (63.2)

09. Dina Nadzir (60.6)

# Tiada penyingkiran

15
8
0
12
0

Copy Link: