Video| Kebenaran mendonia! Terbaiklah Papa Zola! 98 hari tayangan! Kutip RM63.8j! 39.8j penonton!
Published byMenurut Data Kutipan Filem Di Bawah Skim Wajib Tayang, 'Papa Zola' yang ditayang selama 98 hari mulai 11 Disember 2025 hingga 18 Mac 2026 memperolehi tontonan sebanyak 39,83687 dan kutipan tiket berjumlah RM63,879,019.00.

Dari segi kutipan tiket ‘Papa Zola’ berjaya berada di tempat ketiga filem terlaris di Malaysia.
Tempat pertama masih dipegang oleh filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ dengan kutipan sebanyak RM90 juta (2022).
Sementara tempat kedua diduduki filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ dengan kutipan RM76 juta (2025).


‘Papa Zola’ juga mendapat sambutan ketika ditayang di Indonesia. Mula ditayang pada 25 Februari 2026 selama 35 hari, ‘Papa Zola’ menarik 515,000 penonton di negara itu.
Ia merupakan antara filem yang mendapat kutipan tertinggi di Indonesia pada suku pertama 2026.
Memasuki bulan April 2026, syarikat pengeluar Monsta Studios rmerancang memperluas tayangan ‘Papa Zola’ ke peringkat global.
Walaupun pada peringkat sekarang belum lagi memecah pasaran Eropah dan Amerika Syarikat, namun syarikat pengeluar Monsta Studios sudah merancang memecah pasaran Asia dan Asia Barat.
Filem animasi arahan Nizam Abdul Razak yang juga pengisi suara Papa Zola ini dijadual ditayangkan di Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir April 2026, diikuti Korea Selatan dan Turkiye (Mei 2026) serta Vietnam dan India (Jun 2026).

Nizam Razak selaku pengarah dan pengisi suara watak Papa Zola
Bagi memenuhi keperluan penonton antarabangsa, pasukan produksi melakukan alih suara dalam beberapa bahasa utama termasuk Inggeris, Korea, Arab, Hindi, Turkiye dan Vietnam.
Ini kerana Monsta Studio bagi tahun 2027 sudah merancang pembikinan filem animasi ‘BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan’ dan ‘Mechamato Movie 2’. - KitaReporters

