Kekuatan kolaborasi muzik antara Malaysia dan Indonesia sekali lagi membuktikan taringnya pada peringkat benua apabila penyanyi vokal tersohor, Ernie Zakri, secara rasmi melakar sejarah dalam Asia Book of Records (ABOR). 


 



Kejayaan ini diraih menerusi karya hit beliau, "Masing Masing", yang kini diiktiraf sebagai lagu berbahasa Melayu/Indonesia terpantas mencapai angka 200 juta penstriman dalam platform Spotify setakat Ogos 2025.

Pencapaian luar biasa ini bukan sekadar satu angka statistik, malah menjadi manifestasi keberkesanan seni tanpa sempadan. 

Lagu yang mendapat sentuhan magis daripada komposer dan pemain gitar terkenal Indonesia, Ade Govinda itu terus mencatatkan pertumbuhan organik yang drastik dengan jumlah penstriman terkini melonjak melebihi 236 juta. 

Pengiktirafan daripada badan rekod berprestij Asia itu, sekali gus mengangkat profil Ernie ke tahap yang lebih tinggi, memberikan pendedahan media yang lebih meluas serta menghubungkan beliau dengan rangkaian inovator dan tokoh seni di seluruh rantau ini.

Rentetan kejayaan ini hadir pada waktu yang tepat dalam kalendar kerjaya Ernie Zakri. 



Selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Disember 2025, pengiktirafan terbaharu ini mengukuhkan lagi legasi beliau sebagai ikon seni yang relevan. 

Menurut Ernie, beliau sendiri tidak menyangka naskhah yang dihasilkan atas dasar kejujuran emosi itu mampu menterjemahkan impak sebesar ini di hati peminat. 

"Saya sangat terharu dan bersyukur bila dapat tahu 'Masing Masing' mencapai lebih 236 juta penstriman dalam Spotify dan diiktiraf oleh Asia Book of Records. 

"Sejujurnya, semasa menghasilkan lagu ini bersama Ade Govinda, matlamat kami adalah untuk menyampaikan sebuah naskhah yang jujur dari segi emosi. 

"Melihat ia kini meraih sambutan luar biasa sehingga melakar sejarah, saya amat menghargai sokongan padu para pendengar, terutamanya Ernienators yang setia mendukung perjalanan seni saya sejak awal lagi” ujar Ernie.



Menurutnya, kekuatan utama "Masing Masing" terletak pada penceritaannya yang bersifat universal, membolehkan pendengar dari pelbagai latar belakang budaya di Asia Tenggara merasa dekat dengan mesej yang disampaikan.  

“Saya rasa kekuatan ‘Masing Masing’ adalah pada ceritanya yang sangat dekat dengan kehidupan ramai orang. Walaupun ia lagu Melayu/Indonesia, emosi dalam lagu ini bersifat universal, jadi pendengar dari mana-mana pun boleh relate (berhubung). 

“Ditambah pula dengan kolaborasi saya bersama 

 dan susunan muzik yang ringkas tapi menyentuh hati, mungkin itu yang membuatkan lagu ini diterima baik di seluruh Asia Tenggara,” tambahnya.

 dan susunan muzik yang ringkas tapi menyentuh hati, mungkin itu yang membuatkan lagu ini diterima baik di seluruh Asia Tenggara,” tambahnya.

Dengan pengiktirafan antarabangsa ini, "Masing Masing" kini berdiri megah sebagai salah satu karya serantau paling berjaya dalam dekad ini. 

Ia sekali gus membuktikan bahawa kolaborasi muzik serantau yang jujur dan penuh emosi mampu menembusi sempadan negara serta menyatukan pendengar di seluruh Asia Tenggara. - KitaReporters


Ernie Zakri dan Ade Govinda

14
11
0
10
0

Copy Link: