ADZLI berkata kesemua individu dibawa Ibu Pejabat Polis Kuala Muda untuk tindakan kompaun.


GARA-GARA teruja terima kehadiran cucu baharu, lima individu termasuk tetamu dan tuan rumah dikompaun RM4,000 setiap seorang kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menganjur kenduri kesyukuran di Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah pada 31 Mei 2021.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua individu termasuk dua wanita berusia antara 19 hingga 61 tahun dikompaun kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, pasukan polis yang membuat pemantauan Ops Covid-19 PKP 2021 dimaklumkan mengenai penganjuran satu majlis kenduri daripada orang awam.

"Sampai di lokasi, pemeriksaan dijalankan dan mendapati kesemua yang hadir sedang berkumpul dengan tidak mematuhi penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka," katanya menerusi satu kenyataan di Sungai Petani, Selasa, 1 Jun 2021.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan kompaun.

Hasil siasatan mendapati, mereka adalah tuan rumah serta tetamu yang dijemput hadir ke kenduri kesyukuran untuk menyambut kelahiran cucu baharu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

MAJLIS kesyukuran yang diadakan sempena menyambut kelahiran cucu baharu di Kampung Sungai Lalang, Sungai petani. Ihsan PDRM

 

1
2
0
0
0

Copy Link: