Isu bil elektrik! Video raya TNB dihujani kemarahan netizen!

Published by
KitaReporters

Seperti kita tahu, iklan raya Tenaga Nasional Berhad (TNB) setiap tahun dinanti-nantikan oleh orang ramai kerana video yang dihasilkan oleh TNB sememangnya awesome habislah!! Iklan raya 2019 dengan tema 'Konvoi Epik Fantastik' boleh dikatakan dapat sambutan yang begitu baik orang ramai. Namun kali ini, iklan raya terbaru, mendapat reaksi berbeza. Apa cer?? : KitaReporters 

Kredit video TENAGAofficial


Kalau dilihat balik iklan raya 2019 ini, memang terbaik diantara terbaik pada tahun itu. Ia juga dapat pujian daripada orang ramai. 

Tetapi bagi tahun 2020, iklan raya TNB boleh dikatakan dalam kategori okey. Tak power sangat, tak suam sangat!!

Mungkin kekangan masa menyebabkan idea kali ini tidak meletup seperti tahun sebelum ini. 

TNB dilihat menampilkan elemen muzikal sepenuhnya dalam iklan raya mereka kali ini. 

Kredit youtube TENAGAofficial


Kredit foto: FB TNB Careline


Biarpun tidak dapat merasai suasana raya seperti tahun lepas, ia tidak bermakna tahun ini hari raya tidak dapat disambut dengan meriah.

Dengan tanda pagar Semangat Raya Epik Fantastik. Itulah mesej dibawa oleh TNB kali ini.

Namun begitu, di sebalik iklan raya yang ditonjolkan oleh TNB, ruang komen mereka dalam Facebook (FB) dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh netizen mengenai bil elektrik yang dikatakan melambung naik.

Malah netizen juga dilihat begitu marah dengan TNB!! 






Kepada masyarakat di luar sana, cuba lihat semula penggunaan bil elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini, apakah kita memang jimat sehabis baik atau sebaliknya. 

Takut-takut terguna lebih dari biasa. 

Maklumlah terlalu lama duduk rumah, cas fon, nonton TV, main game, memasak, pasang air-con dan sebagainya. - KitaReporters

2
0
0
0
2

Copy Link: