Noh Omar (kanan) diiringi Abd Azez Abd Rahim (dua dari kanan) meninjau keadaan Sungai Iboi dari atas jambatan.


Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar petang tadi (Khamis, 14 Julai 2022) melawat kawasan yang dilanda banjir di Kupang, Baling.

Beliau yang diiringi Ahli Parlimen Baling, Dato Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berjumpa dengan mangsa-mangsa banjir dan mendengar masalah mereka.
Beliau melakukan tinjauan lebih tiga jam di kawasan terbabit dan mendengar penjelasan daripada Ahli Parlimen Baling itu mengenai kerosakan dan masalah yang dihadapi mangsa-mangsa banjir di kawasan itu.

Lagi cerita-cerita duka berkaitan mangsa-mangsa banjir

Mangsa banjir, Abdullah Ahmad, 56, (empat dari kanan) dari Kampung Masjid Iboi menjelaskan masalah mangsa-mangsa banjir kepada Noh Omar (lima dari kiri) yang melawat rumah mangsa pada 14 Julai 2022.


Sementara itu, seorang mangsa banjir yang ditemui menteri berkenaan memberitahu KitaReporters beliau menceritakan masalah yang dihadapinya akibat rumah yang didiami selama ini banyak mengalami kerosakan akibat banjir mengejutkan pada 4 Julai 2022 itu.
Mangsa banjir Kampung Masjid Iboi, Abdullah Ahmad, 65, berkata, beliau menceritakan kepada menteri berkenaan mengenai masalah penduduk yang mengalami kerosakan rumah dan yang kehilangan rumah akibat dilanda banjir berpunca daripada fenomena kepala air itu.
Beliau berkata menteri berkenaan dan Ahli Perlimen Baling berjanji akan berusaha untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Beliau bagaimanapun berkata, beliau bersyukur kerana ada pihak yang mengambil berat penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir di Kupang.
Sementara itu Abdul Azeez ketika ditemui berkata, beliau setiap hari berada di kawasan yang dilanda banjir berjumpa dengan mangsa-mangsa banjir untuk mendengar masalah mareka dan akan berusaha membantu. - KitaReporters

11
21
0
11
0

Copy Link: