Video| Apa nak jadi? Cekal sungguh abang OKU ni! Sanggup turun tangga mengesot! Lif kerap rosak!

Published by
KitaReporters


KEMUDAHAN untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia masih lagi kurang dan tidak ditambah baik. Ini menyebabkan semua aktiviti mereka terbatas dan sukar untuk dilakukan, lagi-lagi di tempat awam.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang lelaki yang memaparkan kesukaran yang terpaksa dihadapi rakan sekerjanya sendiri yang OKU akibat masalah fasiliti yang sangat kurang.

Ini kerana kawannya menggunakan kerusi roda, namun terpaksa menggunakan tangga akibat lif rosak dengan menuruni tangga secara duduk dan mengesot satu anak tangga ke satu anak tangga lain

Ya Allah, kesiannya abang ini!


Lagi cerita-cerita kesukaran berkaitan OKU


Dari video Tiktok ini, kita semua juga melihat betapa kuatnya abang ini  meneruni tangga dengan bantuan rakannya yang membawa kerusi roda tersebut.

Pemilik video Tiktok ini menyeru agar pihak pengurusan bangunan agar cakna dengan isu ini dan membuat kemudahan yang lebih mesra OKU.

Lift rosak lagi.. Abg Husny tetap tabah, menolak bantuan dari rakan² pejabat untuk  mengendong, beliau turun tangga menggunakan tangan. Tq rakan semua."

Rata-rata netizen yang melihat video ini sangat tersentuh dengan kemudahan yang terdapat di bangunan-bangunan yang terdapat di Malaysia. 

Menurut laporan daripada Malaysia News Lab, insiden ini dikatakan berlaku di salah sebuah bangunan kerajaan di Kuantan, di mana Abang Husny ini bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).



Menurut Ketua Pengarah Jakoa Pahang, pihak pengurusan bangunan kerajaan itu turut meminta maaf atas keadaan yang perlu dilalui oleh lelaki OKU tersebut.

Pihak pengurusan Bangunan Wisma Persekutuan telah datang ke pejabat Jakoa Pahang untuk memberikan kami penjelasan serta meminta maaf atas kesulitan yang berlaku serta berjanji untuk membaiki isu lif secepat mungkin."

Semoga masalah seperti ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan kami semua berharap agar kemudahan kepada OKU ditambah lebih banyak pada masa hadapan. - KitaReporters


14
9
0
10
0

Copy Link: