Berita Terkini| Mufti Perak dijangkiti Covid-19! Masih dirawat di HRPB Ipoh! Doakan kesembuhan!

Published by
KitaReporters

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh setelah didapati positif Covid-19. -  Kredit foto: emily2u.com


MUFTI Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria kini masih dalam rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh setelah disahkan positif Covid-19.

Memetik laporan Berita Harian, 19 Mei 2021, perkara itu disahkan oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang turut meminta agar semua pihak mendoakan kesembuhan Harussani.

“Tan Sri (Harussani) masih menerima rawatan di HRPB, kita mohon doa dari semua. Saya hanya boleh sahkan beliau masih dirawat di hospital.

“Berhubung (dakwaan) beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, perkara ini perlu dirujuk kepada ahli keluarganya," katanya.

Tular dalam aplikasi WhatsApp memaklumkan Harussani berada di hospital setelah disahkan positif Covid-19 sejak 11 Mei 2021 lalu dan berita turut mengatakan beliau yang masih sedar memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, melalui hantaran dalam Facebook beliau, 12 Mei 2021 lalu turut memuat naik mengenai keadaan Harussani.

"Saya mendapat maklumat Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak Darul Ridzuan dan isteri beliau positif COVID-19, sedang menerima rawatan di Hospital Permaisuri Raja Bainun Ipoh,” tulisnya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
2
0
0

Copy Link: