.

Madrasah Tahfiz Nurul Iman Kampung Juaseh, Labis memerlukan tambahan RM 250,000 untuk menampung kos pembinaan madrasah pelajar perempuan.
PENGURUSAN Madrasah Tahfiz Nurul Iman Kampung Juaseh, Labis memerlukan tambahan kira-kira RM250,000 bagi menampung kos menyiapkan madrasah perempuan untuk tahfiz tersebut yang sedang dalam pembinaan.

Pengerusinya, Mohd. Khair Mean berkata, orang ramai yang berhasrat untuk membantu boleh berwakaf dengan nilai RM20 setiap lot bagi melancarkan pembinaan madrasah tersebut untuk menampung permintaan tinggi kemasukan pelajar perempuan yang semakin bertambah sejak kebelakangan ini.


Lagi cerita-cerita mohon bantuan berkaitan Tolong Kami

Mohd. Khair Mean.


"Pembinaan madrasah yang bakal menempatkan pelajar perempuan itu sudah berjalan sekitar 30 peratus dan apabila siap nanti dijangka mampu menempatkan hingga 40 pelajar dengan segala kemudahan asas.

'Ketika ini terdapat 14 pelajar perempuan yang ditempatkan di sebuah rumah berhampiran yang disewa oleh pihak pentadbiran. Disebabkan masalah penempatan, kami terpaksa menghadkan kemasukan pelajar perempuan ketika ini walaupun mendapat permohonan yang tinggi," katanya ketika ditemui di Madrasah Tahfiz Nurul Iman Kampung Juaseh, Labis, Johor.

Secara keseluruhannya madrasah tahfiz tersebut yang memulakan operasi pada tahun 2016 dengan pengambilan hanya pelajar lelaki ketika itu mempunyai 37 pelajar lelaki dan 14 pelajar perempuan yang kemasukannya bermula tahun 2019.  

Terdapat enam tenaga pengajar di tahfiz tersebut, masing-masing empat guru lelaki dan dua perempuan yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang ditetapkan. 


Mohd. Khair menunjukkan bangunan madrasah pelajar perempuan Madrasah Nurul Iman Kampung Juaseh yang masih dalam pembinaan.


"Saya berharap bangunan dua tingkat yang berkeluasan kira-kira 4,000 kaki persegi ini dapat disiapkan menjelang hujung tahun ini bagi membolehkan pengambilan lebih ramai pelajar perempuan pada sesi tahun hadapan (2022).

"Kami tidak menghadapi masalah bagi menempatkan pelajar lelaki kerana terdapat madrasah dua tingkat yang lengkap dengan kemudahan asas bagi menempatkan mereka sejak lebih setahun lalu," katanya.

Katanya, mereka yang bermurah hati bolehlah menyalurkan sumbangan mereka secara terus ke akaun semasa Bank Rakyat bernombor akaun 11-059435-4 dan akaun semasa Maybank bernombor 551119121703

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh berhubung terus dengan Mohd. Khair sebagai pengerusi menerusi talian 019 - 7426309 atau Ramzan Sanusi selaku mudir melalui nombor 011 - 10786223 serta bendahari Siti Norizah Mohd.Asrab menerusi nombor 013 - 7982858. - KitaReporters


Bangunan dua tingkat madrasah serba lengkap yang menempatkan pelajar lelaki Madrasah Tahfiz Nurul Iman Kampung Juaseh, Labis.

0
0
1
2
0

Copy Link: