Video| Ini barulah semangat Merdeka! Terbaik orang Pahang! Semangat patriotik penunggang motosikal!

Published by
KitaReporters


VIDEO tular menunjukkan seorang penunggang motosikal yang sedang berhenti di tepi jalan dan dihiasi dengan banyak bendera Jalur Gemilang meraih perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @nellyfairly, memaparkan keadaan motosikal lelaki itu yang dipenuhi bendera Jalur Gemilang sebagai tanda semangat kemerdekaan tahun 2022 ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bendera Jalur Gemilang


Terkejut saya tengok, semangat merdeka,” ujarnya ringkas.

Rata-rata pengguna media sosial turut memuji semangat kemerdekaan yang ditonjolkan oleh penunggang motosikal itu sempena bulan kemerdekaan yang melahirkan rasa cinta kepada negara.



“Orang Kuantan hadir, bangga tengok, semangat merdeka,” kata @IenaMadi.

“Bersemangat, bagus orang Pahang,” jelas @MazniMazz.

“Ada terjumpa tadi di kawasan bukit ubi,” kongsi @KhairulAzahar97. - KitaReporters


15
15
0
9
0

Copy Link: