Antara barisan peserta ASGV minggu ke-7.

All Stars Gegar Vaganza (ASGV) semakin memperlihat kesungguhan peserta untuk tidak tersingkir. Namun langkah berhati-hati memberikan persembahan seperti memakan diri sendiri sehingga banyak kesilapan dilaku hingga markah menjadi rendah. 

Namun beberapa peserta mampu menyerlah untuk merebut tangga teratas. Juara Bersama Gegar Vaganza 6 (2019), Hady Mirza kembali menunjukkan kemampuannya sebagai juara.

Pernah menjadi juara pada minggu ke-3, Hady juga pernah berada dalam senarai tangga antara terbawah pada minggu ke-4  dan minggu ke-5.

Hadi Mirza kembali memperlihat kemampuan sebagai juara

Dalam minggu ke-7, Hady memberi persembahan menyakinkan ketika menyampaikan lagu ‘Romancinta' yang dipopularkan oleh Mojo dan memuaskan para juri membolehkan penyanyi dari Singapura ini diumum sebagai juara dengan memperoleh 79.75 markah, meninggal agak jauh pemenang kedua Jaclyn Victor.

Ketiga-tiga juri bersetuju berjaya menyampaikan lagu secara bersahaja tetapi berkesan dan memberi tepukan berdiri.


Persembahan Liza Hanim tetap konsisten

Sementara Liza Hanim berjaya konsisten dalam menduduki tiga tangga teratas dan dipuji oleh juri, Datuk Shafinaz Selamat. 

Siti Nordiana (Nana) pula mampu kembali berada dalam kedudukan selesa iaitu ditangga ke-4.

Juri Hetty Koe Endang memuji cara nyanyian Nana yang pandai mengelak melakukan kesalahan ketika membawa lagu ‘Tiada Kepastian’ yang dipopular oleh Ziana Zain.


Siti Nordiana berjaya memberi persembahan baik hingga mampu menduduki tangga keempat.

Aliff Aziz kini berada dalam radar bakal disingkir

Aliff Aziz kini berada dalam radar juri untuk disingkir pada minggu-minggu berikutnya. Aliff gagal menarik minat juri ketika membawakan lagu ‘Gerhana Cinta Luka’ yang dipopular oleh kumpulan Iklim hingga menduduki tangga ketiga dari bawah.

Juri berpendapat, Aliff Aziz terlebih emosi dan nyanyian kedengaran ‘sharp’.

Sementara Nikki Palikat yang selama ini sentiasa berada dalam senarai pertengahan, persembahannya kurang bermaya ketika membawa lagu ‘Selagi Ada Cinta’ yang dipopular oleh Ning Baizurah sehingga menjadi peserta di tangga kedua terbawah.


Ezad Lazim memberi alasan banjir jejas konsentrasinya sehingga tersingkir

Izad Lazim seperti sudah merasa dirinya menjadi peserta kelapan yang tersingkir daripada ASGV.

Ramli MS menyifatkan nyanyianya huru-hara dan merosakkan keindahan lagu ‘Seksa’ yang dipopular oleh kumpulan Uks.

Dalam program Vazz Vaganza, Ezad menyatakan tumpuannya terhadap pertandingan agak terjejas kerana rumah dan keluarganya terjejas dengan banjir kilat yang berlaku di kawasan perumahannya. 

Tambahnya, dia terpaksa menaiki lori polis untuk hadir menyertai ASGV minggu ke-7.



Para peserta kini cuak untuk mempersembahkan nyanyian dalam minggu ke-8 ASGV atau Gegar Vaganza (GV) musim ke-10 (GV10) ini nanti.

Ini kerana kesemua lagu dipilih oleh Ketua Juri, Ramli MS. Lagu-lagu yang dipilih adalah lagu-lagu popular tetapi di luar kebiasaan atau minat para peserta. Sebahagian lagu berirama dangdut, asli dan berbahasa Inggeris.

Penonton akan melihat cara Siti Norliana menyanyi lagu berbahasa Inggeris, ‘Baby One More Time’ yang dipopularkan oleh Britney Spears. Juri Syafinaz akan memastikan sebutan Nana betul.

Ketika diinterbiu dalam program Vazz Vaganza, Nana mengaku tidak pernah menyampaikan lagu berbahasa Inggeris, namun tetap bersemangat menerima cabaran itu.

Jaclyn pula terpaksa menyanyikan lagu tradisional berunsur Jawa ‘Hatinya Tak Tahan’ yang dipopularkan oleh Noraniza Idris. Dapat dibayangkan bagaimana lucunya Liza Hanim menyampaikan lagu lucu ‘Ayam’ yang dipopularkan oleh Jalil Hamid.

Hadi Mirza pula perlu bergelek lain daripada gelek Datuk M Daud Kilau apabila menyampaikan lagu ‘Cik Mek Molek’. Sementara bagaimana lucunya nanti melihat Aliff Aziz menyampaikan lagu ‘Cek Mek Molek’ yang dipopularkan oleh Datuk M Daud Kilau.

Sementara itu Naqiu perlu kreatif mendendangkan lagu ‘Kuda Hitam’ yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang. Persembahan kesemua peserta dalam minggu ke-8 dapat dibayang penuh kelucuan dan menghiburkan. - KitaReporters


Berikut adalah kedudukan kedudukan peserta All Stars Gegar Vaganza minggu ke-7:

01. Hady Mirza (79.25 mata)

02. Jaclyn Victor (75.75)

03. Liza Hanim (70.25)

04. Naqiu (70.00) 

05. Siti Nordiana (67.00) 

06. Tomok (66.25)

07. Azharina Azhar (65.50) 

08. Noryn Aziz (60.75)

09. Aliff Aziz (60.00)

10. Nikki Palikat (59.75)

11. Ezat Lazim (58.00) - Tersingkir


13
8
0
4
0

Copy Link: