Video| Siapa yang salah? Aplikasi atau orang? Ada juga orang bawa kereta naik di atas jejantas?

Published by
KitaReporters


PADA zaman berteknologi serba canggih ini, jika nak pergi ke mana-mana lokasi yang tidak diketahui pasti kita akan menggunakan teknologi Waze bagi memudahkan segala urusan untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.

Namun, teknologi yang digunakan pasti akan ada kekurangan yang ramai juga pernah mengalaminya sehingga sampai ke tempat yang sangat unik dan adakalanya sangat pelik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan insiden melucukan


Tular sebuah video Tiktok yang memaparkan sebuah kereta dilihat tersangkut di atas jejantas untuk pejalan kaki atau penunggang motosikal sehingga menjadi perhatian ramai orang.

Apa yang menjadi perhatian ramai, bagaimana sebuah Bezza boleh tersangkut pada jejantas berkenaan yang digunakan oleh orang yang ingin melintas.

Agak-agaknya mungkin pemilik kereta ini menyangka bahawa laluan ini memang dikhaskan kepada kereta, oleh sebab itu dia menggunakan kereta di atas jejantas ini. - KitaReporters


16
13
0
14
0

Copy Link: