Akhirnya semua terjawab! Syed Saddiq siapkan SSPN untuk anak-anak Bella! Bukti cinta ikhlas, serius!
Published bySegala teka-teki dan spekulasi yang menyelubungi hubungan akrab antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, dan selebriti versatil, Bella Astillah Atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, akhirnya terjawab apabila pasangan ini secara rasmi mengikat tali pertunangan pada Sabtu, 28 Mac 2026.

Kehadiran mereka bersama dalam pelbagai acara sebelum ini sering mengundang tanda tanya netizen, namun detik manis yang berlangsung di Bamboo Hills, menjadi noktah murni kepada segala desas-desus yang bertebaran.
Bibit-bibit perkenalan pasangan ini sebenarnya sudah mula mencuri tumpuan umum sejak tahun 2024.
Menariknya, kerjaya seni dan politik mula bertaut apabila Syed Saddiq membuat kemunculan istimewa sebagai pelakon dalam video muzik lagu Bella yang bertajuk ‘Tapi Bukan Denganmu’.
Dalam naskhah tersebut, beliau membawa watak seorang doktor, sekali gus memperlihat sisi berbeza tokoh politik muda itu yang sebelum ini hanya dikenali di dewan parlimen.
Hubungan mereka tidak sekadar di set penggambaran, malah kedua-duanya kerap dilihat menyertai aktiviti rekreasi bersama seperti bermain badminton dan mendaki gunung.
Malah, lamaran romantis Syed Saddiq dilaporkan berlaku di puncak Gunung Kinabalu dalam suasana hujan lebat baru-baru ini, satu momen yang disifatkan beliau sebagai permulaan kepada fasa kehidupan baharu mereka.

Kerjasama profesional mereka dalam pelbagai kempen kebajikan yang berjaya mengumpul jutaan ringgit sebelum ini secara tidak langsung telah merapatkan lagi hubungan hati mereka.
Majlis pertunangan yang bertemakan warna kuning lembut itu berlangsung dalam suasana syahdu di Locarasa Restaurant & Patisserie.
Apa yang lebih menyentuh hati, Syed Saddiq bukan sahaja menyerahkan sebentuk cincin sebagai tanda ikatan, malah turut menyertakan hantaran berupa simpanan SSPN khusus buat dua cahaya mata Bella -- Mohamed Ayden dan Ara Adreanna -- hasil daripada perkahwinan terdahulu bersama penyanyi dari Singapura, Alif Aziz. yang dibina selama lapan tahun.

Tindakan tersebut dilihat sebagai manifestasi keikhlasan beliau untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa serta keprihatinan terhadap masa depan anak-anak pasangannya itu.
Penyatuan dua jiwa yang diraikan secara tertutup bersama keluarga terdekat ini turut disiarkan secara eksklusif oleh pihak Astro melalui saluran Astro Awani, Astro Gempak, dan platform media sosial ERA.
Dengan pengumuman rasmi ini, rata-rata peminat mendoakan agar urusan pasangan ini menuju ke jinjang pelamin dipermudah, sekali gus melengkapkan kisah cinta yang bermula daripada sebuah persahabatan dan kerjasama profesional. - KitaReporters

