Piala AFF 2022: Vietnam catat seri! Kelebihan buat Thailand! Julang piala kali kedua berturut-turut!

Published by
KitaReporters


HASRAT Vietnam untuk mencari gol selesa di halaman tersekat apabila mereka sekadar mampu mencatat keputusan seri 2-2 menentang Thailand dalan perlawanan akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh. 13 Januari 2022.

Keputusan seri ini memberi kelebihan buat Thailand berdasarkan kiraan gol tempat lawan sementara Vietnam pula akan menghadapi laluan sukar di Bangkok nanti apabila bakal bermain di hadapan penyokong tuan rumah. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF


Pertemuan dua pasukan terbaik di rantau ASEAN ini telah disaljikan dengan satu permainan yang begitu menarik apabila kedua-kedua pasukan saling berbalas serangan.  

Vietnam berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-24 selepas Que Ngoc Hai melakukan satu hantaran terbaik dan disudahkan oleh Ngunyen Tien Linh untuk meletakkan tuan rumah mendahului separuh masa pertama. 



Pada babak kedua, Thailand hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk menyamakan kedudukan menerusi Poramet Arjvirai. 

Skuad bimbingan Mano Polking terus garang dan berjaya meledak jaringan kedua apabila Peeradol Chamratsamee tidak mempersia lorongan cantik daripada Theerathon Bunmathan pada minit ke-63.

Ketinggalan satu gol, Vietnam melakukan beberapa pertukaran untuk mencari gol penyamaan dan ia membuahkan hasil. 

Berpunca daripada satu sepakan sudut, Vu Van Thanh menyamakan kedudukan pada minit ke-88  menerusi rembatan jarak jauh yang cantik untuk mengikat Thailand. 

Kedua-dua pasukan akan bertemu kembali pada 16 Januari 2023 ini di Stadium Thammasat untuk menentukan siapa akan merangkul Piala AFF. 

Thailand ingin menjulang kali kedua berturut-turut sementara Vietnam pula ingin hadiahkan piala terakhir buat jurulatih mereka. - KitaReporters


 

9
20
0
11
0

Copy Link: