SEKIRANYA anda tinggal di bandar-bandar yang disenaraikan di bawah ini, tahniah diucapkan kerana tersenarai 10 bandar paling bahagia di Malaysia pada tahun 2019. Berikut adalah 10 bandar di Malaysia paling bahagia iaitu Bandar Raya Melaka, Kuala Terengganu, Seremban, Kulai, Taiping, Kuantan, Bentong, Jasin, Yan dan Jeli. : KitaReporters


Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana sesebuah bandar itu dinilai sehingga berjaya menjadi bandar paling bahagia??

PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) atau sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah melaksanakan Kajian Indeks Kebahagiaan bermula pada tahun 2013 sehingga 2019 dengan jumlah keseluruhan responden melebihi 60,000 orang di seluruh Malaysia.


Antara komponan yang dilihat adalah tahap kehidupan dan kesihatan, kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara, keseronokan bekerja, pengurusan kewangan, hubungan dengan jiran, aktiviti bersama komuniti, keselamatan kawasan kediaman, kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan, perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan dan akhir sekali ialah kualiti alam sekitar.


Melihat kepada komponan yang diambil kira, jelas ia memperlihatkan kerjasama, kualiti sikap dan gaya hidup penduduk itu sendiri yang membolehkan bandar tersebut meraih anugerah bandar paling bahagia. 

Syabas dan tahniah kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat!! - KitaReporters

1
0
0
0
2

Copy Link: