Khairy Jamaluddin (depan, kanan) sewaktu mempengerusikan  mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) Pahang bersama Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail (depan,kiri). - Kredit foto: FB Khairy Jamaluddin


CALON peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 bakal menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 bermula Julai 2021.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata pelajar akan menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan suntikan tersebut diadakan di sekolah masing-masing.

“Kita akan cuba selesaikan dos pertama pada Julai ini membabitkan pelajar SPM 2021. Selepas tiga minggu, mereka terima dos kedua pula,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikiaan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat CITF  Peringkat Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang pada 18 Jun 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan kerajaan akan menyusun semula jadual pengagihan vaksin Covid-19 bagi membolehkan negeri-negeri yang berisiko banjir diberi keutamaan.

“Ia penting bagi pastikan proses agihan vaksin lancar dan penduduk khususnya di kawasan berisiko banjir menerima suntikan. Proses agihan diharapkan dapat diselesaikan sebelum Oktober 2021 yakni sebelum musim tengkujuh.

“Sekiranya tidak dapat diselesaikan juga, kita akan lihat strategi  boleh dilaksanakan nanti untuk pemberian vaksin pada musim tengkujuh,” ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
0
0
0

Copy Link: