Anda mangsa serangan binatang buas? Boleh mohon bantuan JKM!
Published byTIDAK ramai yang mengetahui mereka yang menjadi mangsa kerana diserang oleh binatang buas layak menerima bantuan sebagai penerima Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Alamak! Tak tahu pun!! : KitaReporters

Penolong Pengarah Perhilitan Terengganu, Aniza Ibrahim (kiri) ketika berkunjung ke rumah mangsa dipatuk ular, Noraniza Abu Bakar baru-baru ini.
Lagi cerita-cerita berkaitan haiwan:
https://kitareporters.com/search?search=haiwan
Antara kelayakan serta kriteria adalah mangsa atau waris mangsa diserang oleh binatang buas yang telah dikategorikan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) seperti gajah, seladang, babi hutan, beruang, harimau, ular sawa, ular-ular berbisa, spesis primat (beruk, kera siamang, ungka, lotong dan kongkang) serta buaya.
Mangsa yang dipatuk ular, Noraniza Abu Bakar, 30, dari Kampung Sungai Kerak, Marang, Terengganu adalah antara yang bernasib baik kerana layak dikategorikan sebagai penerima Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas JKM.

Noraniza Abu Bakar
Bagaimanapun, beliau perlu membuat permohonan menerusi JKM dengan sokongan laporan dari Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu.
Kejadian malang, dipatuk binatang berbisa yang dikenal pasti daripada spesis ular senduk itu telah menimpa Noraniza, ketika terserempak dengannya di dalam bilik air. Paling menyedihkan, mangsa merupakan penghidap sakit kencing manis kronik menyebabkan kesan luka di kakinya menjadi lebih parah dan teruk.

Penolong Pengarah PERHILITAN Terengganu, Aniza Ibrahim
Penolong Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Aniza Ibrahim berkata, berdasarkan kejadian yang menimpa mangsa, pihaknya mengesyorkan agar mangsa memohon bantuan khusus itu bagi membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa yang terlibat dengan serangan reptlia tersebut.
Katanya, peruntukan bagi
bantuan ini adalah maksimum sebanyak RM20,000 untuk kes kematian atau
kehilangan keupayaan kekal.
Aniza merujuk kepada kes yang dialami mangsa sebaik sahaja selesai menziarahi mangsa di rumahnya setelah mendapat maklumat dari media sosial.
"Sepanjang tahun 2020, pihak Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu telah menerima dua permohonan melibatkan serangan beruk dan babi hutan, manakala pada tahun 2019 pula, dua kes melibatkan serangan babi hutan dan beruang matahari." Katanya. - KitaReporters
