POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberikan tawaran diskaun saman trafik sehingga 50 peratus selama sebulan bermula Jumaat, 18 Jun hingga 18 Julai 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, tawaran itu melibatkan semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman dalam kategori senarai hitam.

Bagaimanapun beliau berkata, tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

"Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayarsaman@rmp.gov.my, muat turun aplikasi google plyastore, Apple Playstore dan Huawei Gallery.

"Aplikasi Mybayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis, 17 Jun 2021.

Jelasnya, Mybayar Saman merupakan inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya kepada masyarakat.

"Kita berharap pengurangan kompaun saman ini akan dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik Covid-19," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

0
0
0
0
0

Copy Link: