Video| Sissy Imann digantung tak bertali? Segalanya ada pada Namaku Padamu! Bintang atau buntu?

Published by
KitaReporters


“SIAPAKAH namaku pada mu, adakah bintang atau buntu?”

Begitu coretan penyanyi, pelakon dan pengacara, Sissy Imann melalui platform sosial medianya kala mempromosikan single terbaharunya ‘Namaku Padamu’. Apakah yang tersirat di sebalik kata-kata itu?

'Namaku Padamumerupakan ciptaan bersama Firdaus Rahmat dan Omar K yang mengisahkan tentang percintaan yang menjadi tanda tanya apabila ditinggalkan gantung tak bertali. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan single terbaharu


Pemilik nama penuh Sissy Imann Mohammad Kamil yang baharu berusia 26 tahun pada Oktober 2021 lalu memberitahu, lagu bergenre balada dan mempunyai sentuhan piano ini dianggarkan dapat menambat hati peminat serta para pendengar. 

Kelunakan vokal klasik dan unik Sissy Imann melantunkan bait-bait lirik dalam lagu terbaharunya ini juga pastinya menawarkan suatu sajian halwa telinga buat pendengar muzik arus perdana tempatan.

Sudah tentu lagu ini juga menjadi kenangan bagi mereka yang mengalami situasi gantung tak bertali ya tak?

Apa pun bagi menambahkan seri pada single kesebelasnya ini selepas mendapat sambutan hangat dengan pelancaran lagu ‘Bebas’ pada Jun 2021 yang lepas, Sissy Imann mengambil keputusan menjadi teraju utama dalam pembikinan video muzik (MV) ‘Namaku Padamu’.

Dan sehubungan intipati lagunya, penceritaan bagi video muzik arahan Lily Shamsudin ini berkisar tentang  kekasih yang dicurangi dan dendam seorang perempuan terhadap kekasihnya.



Daripada komen-komen yang dilayangkan apabila Sissy Imann menulis ‘Mimpi indah semalam ku sambut tangan mu’, rata-rata  pengikutnya termasuk barisan artis memberikan ayat-ayat positif.

Ada yang kata,”klasik, sesuai dengan wajah Sissy’, ‘Omg, tak pernah tengok Sissy senyum tersipu macam tu’.

Manakala rakan artis yang bersaing dengannya atas pentas ‘Big Stage’ musim pertama, Wani Kayrie yang menulis "Ahhhh… comelnyaaa".

Jika nak dengar lagu ‘Namaku Padamu’ terbitan Warner Music ini seraya menghayati liriknya boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

Selain itu, saksikan video muziknya di Youtube Warner Music Malaysia untuk mengetahui apa kah maksud kata-kata 'apakah bintang atau buntu' yang ditulis Sissy dalam Instagramnya.





Yang pasti penceritaannya cukup klasik apatah lagi Sissy memang seorang pelakon yang berbakat dan telah berlakon dalam beberapa drama dan telefilem selain menjadi guru vokal.

Kerjaya sebagai pelakon bagi pelajar lulusan jurusan Pendidikan Muzik dari Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas Cheras dan turut mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini, bermula dengan drama bersiri ‘Tolong Aku Doktor Cinta’ di TV2 pada bulan Mei tahun lalu. - KitaReporters


12
10
0
14
0

Copy Link: