Azwan Ali dimasuk ke ICU sebuah pusat perubatan

BARU terasa? Mungkin itu satu pertanyaan yang sesuai ditanya kepada personaliti sensasi Azwan Ali lebih dikenali sebagai Diva AA

Azwan selama ini dikenali orang yang suka lepas mulut atau celupar. Tulisan atau kata dalam video yang diluahkannnya secara lepas boleh membuat orang yang dikritiknya terasa hati.

Selama ini dia tidak menganggap perbuatan yang dilakukannya sebagai salah kerana itu adalah identitinya sebagai selebriti gred AA. Dia pernah berkata tidak akan berhenti mengkritik sehingga akhir hayat.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Azwan Ali


Azwan terasa apabila didoakan 'kematian' oleh netizen. - Kredit foto: divaAA


Namun apabila selebriti ini dirawat di unit rawatan (ICU) di sebuah pusat perubatan pada 14 Januari 2022 lalu, Diva AA ini baru terasa panas hati apabila dikritik oleh netizen yang mendoakan kecelakaan terhadapnya seperti kematian.

Dia meminta para netizen berbudi pekerti dan tidak mendoakan perkara buruk sesama manusia.

Azwan dakwa keracunan makanan setelah beli burger tepi jalan


Akan tetap kritik perkara yang difikir tidak betul

Azwan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan dan memaklumkan perkara itu dalam media sosialnya.

Bercerita mengenai keracunan makanan yang dialaminya, Diva AA mengesyaki ia mungkin berpunca daripada burger yang dibeli dari sebuah gerai tepi jalan pada malam kejadian.  

Dia menyalahkan diri sendiri kerana tidak memeriksa terlebih dulu burger itu sebelum menjamah kerana terlalu lapar. 


Azwan (depan, paling kanan) akan muncul dalam 'Mic On' mulai 26 Januari 2022

Azwan menjadi hos bersama Issey Fazlisham dalam program ‘Mic On’ musim kedua dalam Awesome TV

Untuk program TV, Azwan akan mengawal percakapannya tetapi tetap akan memberi kritikan pedas jika keadaan sesuai. Ini kerana menjadi identitinya untuk lantang bersuara.

Aksi Azwan sebagai hos ‘Mic On’ di Awesome TV dapat disaksi mulai 26 Januari ini, jam 9 malam. - KitaReporters


14
12
0
13
0

Copy Link: