Video| Tak tahan dengar suara orang ngaji! Lelaki pukul imam sedang solat subuh! Suspek ditahan

Published by
KitaReporters

Suspek mendekati imam untuk menumbuk dan menampar imam berkenaan. - Kredit foto: Paparan video CCTV masjid.


SEORANG imam Masjid Baitul 'Arsy, di Jalan Srikandi, Pekanbaru, Riau bernama Juhri Asyari ditampar oleh lelaki yang tidak dikenali ketika mengimamkan solat subuh, pada Jumaat, 7 Mei 2021.

Jemaah berhenti solat dan sebahagian mereka memukul dan menahan lelaki itu sebelum diserah kepada polis untuk tindakan lanjut. Aksi mengejutkan ini dapat disaksi dalam kamera litar tertutup (CCTV) masjid.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan iman


Imam dipukul ketika membaca doa qunut. - Kredit foto: Paparan CCTV masjid.


Dalam rakaman CCTV itu, terlihat seorang lelaki yang mengenakan kemeja-t hitam dan seluar pendek paras lutut memasuki masjid seolah-olah hendak bersolat. 

Namun, dia berjalan menyusup ke tempat di saf depan. Dia dengan santai melewati para jemaah yang sedang bersolat.

Dia sampai ke barisan saf paling depan dan terus menuju ke belakang imam dengan memegang bahu imam lalu menumbuk dan menampar muka si imam beberapa kali ketika membaca doa qunut.

Imam yang dipukul beberapa kali akhirnya menutupi mukanya agar tidak dipukul lagi.

Akibatnya, para jemaah menghentikan solat dan mengepung lelaki tidak dikenali itu. Geram dengan aksi suspek, sejumlah jemaah lalu memukul lelaki itu.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis Tampan. 

Ketua Polis Tampan, Komisioner Hotmartua Ambarita, mengesahkan kejadian dan tangkapan itu. Pihak polis sedang melakukan siasatan kejadian berkenaan. 


Suspek menyelinap merapati imam ketika doa qunut dibaca. - Kredit foto: Tangkap layar video CCTV masjid.


Imam masjid yang dipukul, Juhri Asyari. - Kredit foto: tribunnews.com


Sementara itu, imam Juhri Asyari dalam kenyataannya kepada RiauAktual.com menyatakan, mulanya suspek memukul bahunya.

“Mulanya suspek memukul bahu saya. Saya terkejut apabila dia kata hendak mengimamkan solat itu. Saya diam saja dan teruskan solat. Dia kemudian pukul muka saya,” kata Juhri. Imam itu tidak mengenali suspek.

Tambah Juhri kepada wartawan, berdasarkan soal siasat polis, suspek mengaku dia tidak tahan mendengar suara orang mengaji.

“Suspek tadi ditanya mengapa dia melakukan itu. Suspek berkata, ketika sedang berjalan dia mendengar suara mengaji dan kerana tidak tahan terus menuju Masjid Baitul Ar’sy,” kata Juhri. - KitaReporters



.

Suspek ditahan di Balai Polis Tampan. - Kredit foto: Detik.com


Kredit foto: riauonline.co.id

2
4
6
4
0

Copy Link: