PADA 1 Disember 2020, beliau baru sahaja mengumumkan berita bahagia sedang hamil 4 bulan sempena pelancaran dua produk terbaharunya di bawah label ‘BeauSiti’. Siapa boleh menafikan aura yang dibawa figura tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaiza ini apabila membabitkan kerjaya seninya. Setuju tak? : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Siti Nurhaliza:

https://kitareporters.com/search?search=Siti+Nurhaliza


Terbaharu, serentak dengan hari pengumuman kehamilannya, Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti melahirkan terlebih dahulu video muzik (MV) rasmi lagu ‘Kuasa CIntamu’ ciptaan Melly Goeslow.

‘Kuasa CIntamu’ merupakan video muzik ke-7 dihasilkan oleh Siti daripada album ‘ManifestaSITI2020’ , arahan Adriana Tunku yamg menceritakan perjalanan hidup Tok Ti dari zaman kelahiran beliau sehingga dikurniakan cahaya mata sendiri, Siti Aafiyah.

Pendek kata, dengan kehamilan anak ke-2 ini lengkaplah kebahagiaan dan kuasa cinta yang dimilikinya.  Ya tak? 



Apa pun tafsiran ramai, yang pasti idea di sebalik konsep video ini diterjemahkan secara visual maksud di sebalik lirik lagu nukilan Siti sendiri.

“Bagi menggambarkan perjalanan berterusan dalam kehidupan Dato’ Siti, kami merakam keseluruhan video muzik ini dalam satu urutan tanpa sebarang gangguan. Teknik penggambaran sekali rakam ini, memerlukan perancangan yang rapi kerana ia dirakam dari perspektif satu kamera dalam satu masa dan ruang yang sama.

“Setiap butiran kecil  melibatkan apa-apa perubahan di hadapan lensa kamera perlu dirancang rapi agar  penonton tidak menyedari apa yang berlaku di belakang lensa kamera,” cerita Adriana.




Menurut pengarah ini lagi, untuk mendapatkan ‘shot’ yang sempurna beliau terpaksa melakukan berulang kali bagi merealisasikan idea asal video muzik ini dari papan cerita ke skrin.

“Bila diteliti, lagu 'Kuasa CIntamu' ini sebenarnya sarat dengan emosi yang bercerita tentang cinta yang bersifat universal. Ia boleh merujuk kepada beberapa bentuk cinta yang ada dalam kehidupan kita  – cinta kepada Tuhan, cinta kepada pasangan, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada keluarga dan cinta kepada anak,” tambah beliau.

Sambung Adriana, menerusi video muzik ini, beliau mengambil tema yang lebih luas dalam menggambarkan kuasa cinta dalam kehidupan seseorang itu.



“Menampilkan kisah hidup Dato’ Siti sendiri sebagai tema utama dalam video muzik ini, kami cuba menyorot kembali perjalanan hidup beliau dari kecil hingga dewasa dan setiap bentuk cinta yang pernah dirasainya dari dahulu hingga kini,” jelas Adriana.

Menyifatkan Tok Ti sebagai  penyanyi yang paling profesional yang pernah beliau bekerjasama, penerbit, Razlan Shah pula berpendapat, bekerjasama dengan Siti adalah suatu penglaman yang sangat berharga buat pasukannya apatah lagi Siti cukup komited ketika pembikinan video muzik dilaksanakan.

“Beliau sentiasa memberikan yang terbaik ketika beraksi di hadapan lensa kamera. Sikap rendah diri dan profesionalismenya sememangnya melayakkan Dato’ Siti bergelar #1 di Malaysia,” tambah Razlan.



Bagaimana pula komen Siti?

“Ini merupakan satu pengalaman baharu buat saya kerana menjayakan penggambaran dalam satu urutan tanpa henti serta dalam masa yang sama saya harus menukar persalinan dalam masa beberapa saat sahaja,” kenang Siti.

Tidak syak lagi, video muzik rasmi 'Kuasa Cintamu' bukan sahaja membawakan kelainan dari segi teknik penggambaran, lebih istimewa apabila Siti Aafiyah turut terlibat menjayakannya. 

Bertepatan dengan lirik yang dihasilkan, Siti meluahkan penantiannya untuk memiliki Siti Aafiyah adalah satu anugerah daripada Yang Maha Berkuasa.

“Kami mencuba beberapa kali dan akhirnya pihak pengarah mengambil hasil yang terbaik daripada penggambaran tersebut. Siti Aafiyah juga turut menyerikan video ini dan saya mendedikasikan video ini buat anakanda saya,’’ jawab Siti bahagia dan pastinya 1 Disember 2020 tidak dapat dilupakan waima bukan sahaja mengumumkan kehamilannya bahkan pelancaran dua produknya, Beau Essence dan Beau Nest bersama Wonderlab serta video muzik 'Kuasa Cintamu'  dilancarkan serentak pada tarikh sama.

Tahniah apabila berjaya melaksanakan misi tiga  dalam satu kan? - KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: