WALAUPUN sibuk menguruskan perniagaan masakan miliknya, Ara Kitchen, Naib Juara AJL33, Ara Johari, 24, kembali dengan single terbaharunya, ‘Sumpahan Salju’ yang mengisahkan cerita dongeng kanak-kanak popular, Snow White.

“Alhamdullillah perniagaan saya semakin berkembang dengan tertubuhnya cawangan di Klang, tidak menang tangan dibuatnya namun begitu, kerjaya sebagai penyanyi tetap nombor satu,” ujar pemilik nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari inil.

Menurut Ara, ketika berada di studio muzik bagi mendengar ‘material’ baharu daripada komposer Ziin, beliau terus terpikat dengan melodi ‘Sumpahan Salju’ yang memaparkan muzik tradisional Jawa yang dimodenkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan single terbaharu


“Setelah itu, kami memulakan sesi rakaman dalam kadar yang agak pantas, ia mengambil tempoh kurang dari tiga jam sahaja, manakala selebihnya abang Zimi yang bertanggungjawab melakukan proses adunan bagi mempercantikkan lagi bunyi lagu tersebut,” cerita  Ara.

Lagu berdurasio 3:31 minit itu dianggap Ara ibarat sebuah ‘storytelling’ kisah dongeng masyhur seantero dunia yang dilatari muzik tradisional Jawa, namun ia diberi nafas moden yang diperkemaskan lagi dengan adunan nuansa pop rancak dalam elemen ‘trap’ yang menambah rasa suspén buat pendengar.



“Saya sebenarnya gemar dengan melodi-melodi yang unik, dan lagu ini nyata berbeza daripada ‘genre’ yang pernah saya bawakan sebelum ini. Cuma pada kali ini, saya mahu mencuba sesuatu yang baharu serta berbeza dan tidak pernah terjangka oleh sesiapa,” ulasnya dalam nada teruja.

Bersesuaian dengan jalan cerita kisah dongeng serta konsep ‘single’, video muzik ’Sumpahan Salju’, turut memaparkan sesuatu yang istimewa dengan menerapkan konsep tradisi Jawa dan Barat yang tidak pernah terlihat sebelum ini. 

"Saya juga memainkan tiga watak yang berbeza, jadi kalau nak tahu kenalah tonton,”  tambah Ara sambil mengakui sentiasa cuba memperbaiki penampilan dirinya dari segi berfesyen agar sejajar dengan perkembangan muzik  dibawa. 

Namun sambungnya, ‘bukan lah berubah seratus peratus, saya masih Ara cuma lebih ‘up to date’.  



Sementara itu, Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment, Erick Yew  berpendapat Ara telah melalui transformasi yang pelbagai dari awal kemunculan di Akademi Fantasia sehingga melayakkan diri ke pentas berprestij AJL dan kini bergelar pelakon pula, banyak yang telah dikecapinya.

“Dengan terlancarnya single 'Sumpahan Salju' ini, ia lebih menguatkan lagi kedudukan Ara sebagai salah satu pelapis anak seni yang boleh dibanggakan. Dan saya harap agar lagu baharu nyanyiannya dapat diterima baik oleh semua,” ujar Erick.



Namun, akhiri pelakon utama telemovie komedi, Cinta Hati Ayam ini, “banyak lagi yang ingin saya lakukan sebagai anak seni dan saya juga ingin dikenali sebagai seorang artis yang versatil kerana kita harus terus mencuba semua cabang seni, dan terus berusaha sehingga berjaya. 

Berharap agar ‘Sumpahan Salju’ mampu pergi jauh dan mendapat sambutan daripada semua pihak, Ara turut berdoa agar peminatnya terhibur dan terus menyokongnya sampai bila-bila.

Apa pun yang nyata daripada video Tik Tok salah seorang peminat yang dimuat naik dalam instagramnya, kelihatan 'Sumpahan Salju' bagaikan dah melekat kat kepala, sehingga Ara pun turut komen dan teruja dengan gaya peminatnya itu,  - KitaReporter 


15
9
0
8
0

Copy Link: