TINDAKAN dua lelaki memeluk seorang wanita di sebuah restoran di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu, mengundang kemarahan orang ramai kerana menganggap aksi tersebut amat memalukan penduduk setempat.

Kejadian berlaku dipercayai membabitkan sekumpulan lelaki bermotosikal yang singgah di restoran tersebut untuk berehat sambil makan.

Bagaimanapun, dua lelaki dari kumpulan terbabit yang melihat wanita terbabit dalam keadaan berpakaian seksi cuba memeluknya sambil rakan-rakan lain merakam gambar.


Lagi cerita-cerita kontroversi berkaitan perbuatan biadab


Keadaan bertambah parah apabila kejadian itu tular dalam media sosial menyebabkan ramai netizen yang marah dan meninggalkan pelbagai komen mengecam serta mengutuk perbuatan tersebut.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap memalukan dan tidak bermoral.



Berikutan kejadian memalukan itu, penduduk meminta pihak berkuasa tempatan termasuk pihak polis dan Pejabat Agama Daerah Setiu serta Majlis Daerah Setiu (MDS) membuat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap peristiwa yang memalukan itu.

“Harap pihak berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini,” kata seorang pengguna.

“Pihak berkuasa kena ambil tindakan segera. Rosak nama negeri Terengganu,” kata Kamaruddin. 

“Serabut la penuh bini2 pos video viral ni hari ini sebab bikers 2-3 ekor, habis rosak bikers 1 group, nampak pesen serupa sek kapcai,” tulis Mohd Hafizz dalam Facebook miliknya. - KitaReporters


16
20
8
16
5

Copy Link: