Video| Teruja dan seronok! Dharma kembali berlakon selepas 13 tahun! Syafiq nafi tumpang nama ayah!
Published byDharma Harun Al-Rashid, 68, teruja dan seronok dapat kembali ke set penggambaran bagi merasa suasana syuting setelah 13 tahun meninggalkan dunia lakonan. Lebih mengharukan Dharma ialah apabila anaknya, Syafiq Dharma, 36, turut berlakon dalam telefilem, Ayah, terbitan produser terkenal, Datuk A Aida. - KitaReporters
Bagai mimpi menjadi nyata. Itulah yang dialami pelakon veteran Dharma Harun Al-Rashid, 68. Janji produser terkenal Datuk A Aida untuk memberi peluang dia berlakon menjadi kenyataan.


Skrip drama itu asalnya dihasilkan oleh Fatin Nabila dan diarah Zul Huzaimy.
Syuting berlangsung empat hari dengan salah satu tempat di Pusat Jagaan Harian Warga Tua Cheras Baru, Kuala Lumpur pada Isnin, 18 Ogos 2025.

Menurut Dharma dengan keadaan kesihatannya sekarang, dia hanya sesuai menjalani syuting selama dua hari sahaja. Namun dia terpaksa menerima tawaran syuting yang perlu dijalani lebih daripada dua hari demi mendapat wang.
Dan Dharma turut berterima kasih kepada pihak produksi dengan mengundang beberapa pengamal media untuk membuat liputan.
Dalam pertemuan dengan petugas media, Dharma menyamakan perasaannya seperti keghairahan seorang atlet yang kembali beraksi dalam sukan amat dicintainya.

Dalam pertemuan dengan petugas media, Syafiq meminta orang ramai tidak menuduh dia menggunakan nama ayahnya untuk mendapat kerja (job). Sebelum inipun Syafiq sudah mula berlakon walaupun tidak diberi peranan penting.
Malah dia menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bukan atas nama Dharma sebaliknya atas kebolehannya.

Cuma tambahnya, setelah kisah kesusahan Dharma mendapat perhatian, ia sedikit sebanyak memberi lebih ‘rezeki’ kepadanya untuk mendapat ‘job’.

Selain Dharma sebagai Nordin dan Syafiq, drama ini turut dijayakan Aniq Suhair, Azeva Natassha (anak S Aida), Aisyah Hasnaa dan Ezzaty Abdullah.
Drama ini mengisahkan seorang ayah yang sudah lanjut usia yang diabai oleh anak-anak.
A Aida sebelum ini pernah berjanji jika berjaya watak dengan baik dalam ‘Ayah’ dan akan memberi peluang berlakon bagi tempoh setahun dalam drama bersiri atau telefilem keluaran rumah produksi A Aida Production.
