"I miss being pregnant (Saya rindu nak mengandung).. Semoga ada rezeki daripada Allah SWT lagi for second baby (untuk anak kedua).. Amin 🤲🏻"  




Pelakon, penyanyi, model dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin, 42, membuat kenyataan yang bersifat kejutan dalam laman media sosialnya baru-baru ini.

Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan agar impian ibu kepada seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 6, dimakbulkan serta dapat bertemu jodoh terbaik. 



Fazura berkahwin dengan Fattah Amin pada 27 November 2017 dan dan bercerai pada 7 Oktober 2024. 

Fattah tidak mengambil masa lama untuk berkahwin semula. Dia bernikah dengan Amira Othman pada 14 September 2025.  


Kenangan lalu.... Fazura bersama Fattah Amin dan Nur Fatimah ketika bahagia

Dan ramai peminat mahu Fazura melupakan peristiwa lalu  dan membina kehidupan baharu.

Beberapa bulan kebelakangan Fazura dikatakan rapat dengan pelakon duda Que Haidar (Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar), 46, yang pernah berkahwin dengan pelakon Linda Jasmine (2009-2024) dan punya tiga anak termasuk seorang anak tiri. 

Namun setakat ini kedua-duanya mengaku hanya sekadar teman.


Fazura dan Que Haidar

Dengan kenyataan Fazura itu mengesahkan  dia sudah mempunyai lelaki pilihan sebagai teman hidup. Adakah benar Que Haidar lelaki pilihan itu atau ada lelaki lain.

Kemesraan Fazura dengan anaknya Nur Fatimah dalam media sosial memperlihat dia ingin menjadi penjaga tunggalnya. - KitaReporters

13
17
0
12
0

Copy Link: