Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menutup Sukan Komanwel Birmingham dalam acara badminton dengan kilauan pingat emas selepas menewaskan wakil tuan rumah, Chloe Birch-Laure Smith dalam straight set 21-5, 21-8

Kemenangan mudah pasangan negara ke atas wakil England ini membolehkan skuad badminton berjaya membawa pulang dua pingat emas selepas acara berpasukan menghadiahkan pingat emas pertama.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton



Pada perlawanan akhir itu, beregu wanita negara yang berada di kedudukan ke-12 dunia tidak menghadapi cabaran besar kerana mereka kurang melakukan kesilapan sebaliknya lawan sering melakukan kesilapan mudah sehingga memberi mata demi mata kepada regu wanita negara. 

Kemenangan emas untuk pasangan muda ini sesuatu petanda positif untuk mereka terus melakar kejayaan demi kejayaan dan cuba menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik dunia pada masa akan datang. 

Sementara pingat gangsa beregu wanita dimenangi wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela. - KitaReporters


15
9
0
7
0

Copy Link: