SEBAHAGIAN petugas dari Pejabat Perpaduan Daerah Setiu untuk menjayakan program MOVAK yang berlangsung selama dua hari bermula pada 4 September 2021 di SMK Saujana, Setiu. 


PROGRAM Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menerusi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) suntikan dos kedua mendapat sambutan di luar jangkaan apabila kira-kira 3,845 orang  warga Setiu dari 15 kampung `menyerbu' ke program itu yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana, Setiu, Terengganu selama dua hari berturut-turut bermula pada Sabtu, 4 September 2021 lalu.

Program MOVAK itu yang berakhir pada Ahad,  5 September 2021 telah mencatat kehadiran penduduk pada hari pertama ialah 2,059 orang, manakala hari kedua pula ialah 1, 786 orang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan MOVAK


WARGA emas yang tidak ketinggalan hadir sama mendapatkan vaksinasi di MOVAK SMK Saujana, Setiu, Terengganu pada 5 September 2021.


Ia dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu, Pejabat Daerah dan Tanah Setiu, serta Pejabat Kesihatan Daerah Setiu.

Turut memberi kerjasama bagi menjayakan program MOVAK itu ialah Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Setiu, Majlis Daerah Setiu (MDS), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Setiu, Hospital Setiu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Setiu.

Tidak ketinggalan sokongan daripada SMK Saujana, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Setiu,  Komuniti Rukun Tetangga (KRT), Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu dan Jabatan Amal Setiu. 


ABD Halim Jusoh (kiri) turut meninjau ke dalam bas MOVAK yang menempatkan rawatan vaksin Covid-19 di SMK Saujana, Setiu, Terengganu.


Antara warga kampung terbabit yang hadir untuk mendapat suntikan vaksin pada program MOVAK itu ialah dari Kampung Gong Batu, Kuala Setiu, Kampung Fikri, Saujana, Padang Saujana, Beris Tok Ku, Mangkok, Penarik, Bukit Chalok, Bari Besar, Bari Kecil, Penarik Baru, Beris Tok Ku, Banggol dan Kampung Permaisuri.


ABD HALIM (kanan) turut melawat para petugas di dalam Dewan SMK Saujana.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh tidak menjangka sambutan masyarakat terhadap program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan itu mendapat sambutan di luar jangkaan.

Ini kerana, katanya, kemungkinan sebilangan besar masyarakat mula sedar sejak akhir-akhir ini betapa penting mereka perlu mendapatkan suntikan vaksin demi keselamatan diri mereka.


``Alhamdulillah, sambutan penduduk dari kampung-kampung berkenaan amat mengalakkan dan program MOVAK yang berlangsung selama dua hari ini berjalan dengan lancar dan terima kasih semua petugas terbabit,’’ katanya.

Abd Halim menyatakan demikian ketika ditemui selepas beliau dan isterinya, Datin Rosidah Mokhtar  melawat dan beramah mesra dengan penerima vaksin di Pusat MOVAK di SMK Saujana pada Ahad, 5 September 2021.



ABD HALIM Jusoh (kanan) dan isterinya, Rosidah Mokhtar (kiri) bersama seorang warga emas yang mendapat vaksin Covid-19 di SMK Saujana, Setiu pada 5 September 2021.


``Kes Covid-19 masih berlaku lagi di negeri ini dan saya rasa mereka termasuk warga emas tidak perlu takut atau bimbang untuk mendapatkan suntikan vaksinasi yang disediakan oleh pihak kerajaan," tambahnya.

Turut mengiringi lawatan Abd Halim ialah Pemangku Pegawai Perpaduan Daerah Setiu, Rohana Che Endon.

Abd Halim berkata, melalui program seperti MOVAK itu ia dapat memudahkan masyarakat  mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 selain ia menyasarkan pemberian vaksin kepada komuniti secara berkesan.



Sempena lawatannya itu, beliau turut menyampaikan sumbangan goodies (cenderahati) kepada penerima-penerima vaksin dos kedua di SMK Saujana.

Sepanjang program berkenaan, katanya, pihaknya menyediakan sejumlah 4,000 bungkus goodies untuk diagihkan kepada warga yang mendapat vaksin itu.


ABD Halim (kiri) menyampaikan sumbangan goodies kepada dua petugas MOVAK.


Sebelum itu, program yang sama  turut dihadiri Pegawai Daerah Setiu, Rosli Latif; Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superitendan Afandi Hussin; Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, Kamaruddin Ali; Pegawai Kesihatan Daerah Setiu, Dr. Mohd Hanief Ahmad; dan Yang Dipetua Majlis Daerah Setiu, Ahmad Rizal Mamat. - KitaReporters


PEGAWAI Daerah Setiu, Rosli Latif (kanan) bersama pegawainya selalu melawat serta meninjau  program MOVAK di SMK Saujana selama dua hari bermula 4 September 2021. - Kredit Foto : FB Rosli Latif


Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, Kamaruddin Ali (dua dari kanan).

11
9
0
14
0

Copy Link: