PENYANYI legenda,  Dato Wan Aishah Wan Ariffin, 57, tidak menolak ketentuan dan jodoh walaupun sudah melalui empat kali keruntuhan rumah tangga namun mahu tumpukan kepada gaya hidup lebih sihat terlebih dahulu.

“Kebetulan hari ini saya habis edah dan tumpuan saya terlebih dahulu mahu bahagiakan diri dengan mengamalkan gaya sihat dan tak sabar mahu membeli-belah baju raya yang cantik-cantik sebab saya dah berjaya turunkan berat badan sebanyak 42 kilogram,” ujar Wan Aishah atau lebih popular disapa Aishah ketika ditemui pada majlis pelancaran pusat M-Hope, sebuah projek kebajikan, hasil inisitiatif pakar perunding pembedahan dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammad Taher di The Linc, Kuala Lumpur pada 25 Mac 2022 lalu..


Dari kiri: Aishah, Dr. Mustafa dan Ustazah Asni. - Kredit foto FAS.



Turut hadir tetamu kenamaan antaranya, Tan Sri Siti Sa'diah Sh Bakir (gambar atas, baju merah) dan Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah. 

Seperti yang semua maklum, Aishah antara artis yang  telah menjalani pembedahan batriatrik oleh Dr Mustafa pada tahun 2018 ketika berat badannya mencecah 110 kg tetapi kini sudah mampu berada dalam linkungan saiz badan yang diidamkannya.

“Sejak dah turun berat badan ini, saya dah sedekahkan hampir 10 bungkusan baju-baju lama, jadi nampak gayanya pada hari raya tahun ini ramailah yang akan memakai baju saiz besar saya dulu," gurau Aishah sambil memberitahu rasa terujanya untuk menggayakan baju kebaya.


Aishah bersama dua anak lelakinya. - Kredit foto: @aishahjmm.


Soal jodoh, kata Aishah, beliau tolak ke tepi terlebih dahulu kerana mahu memberi fokus terhadap kesihatan apa tah lagi sudah dua kali menjadi ‘mangsa’ COVID-19.

“Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan tetapi dengan usaha saya untuk menjalani pembedahan bariatrik ia sedikit sebanyak membantu saya mengembalikan gaya hidup lebih sihat malah ia membantu pernafasan dan menjadikan nyanyian saya lebih baik,” jelas ibu kepada dua anak teruna, Armand Azhari, 29, dan Azhad Ahlami, 24, hasil daripada perkahwinan pertama dan kedua sebelum ini.

Pun begitu, beliau tidak menolak jika jodoh menghampirinya sekali lagi cuma tidak mahu meletakkan soal itu sebagai keutamaan.


Aishah percaya keputusannya untuk melakukan pembedahan bariatrik mampu membantunya ketika diserang virus COVID-19 apatah lagi sudah menjalani suntikan vaksin,

“Saya tidak dapat membayangkan jika diserang COVID-19 ketika badan saya berat, tentulah sukar bagi barisan hadapan untuk mengendalikan saya, tentu keadaan lebih parah,” tambah Aishah bersyukur.

Jelas Juara Gegar Vaganza musim ke-4 ini, dalam keadaannya sekarang yang rasa lebih ringan dan cergas, beliau mampu menyanyi lebih baik malah suaranya tidak lagi menggigil seperti dahulu.

“Saya sekarang mengamalkan bacaan al-Quran setiap hari dan ini sekali gus melatih suara saya kembali normsl apabila pernafasan sudah terkawal,” sambung pelantun lagu ‘Janji Manismu’ ini.

Masih mampu mengawal selera makannya dengan hanya tiga empat suap nasi sekali makan, Aishah memberitahu, gaya hidupnya kini selepas pembedahan bariatrik semakin bahagia.

“Bukannya saya tak makan, semua saya makan tetapi dalam kuantiti sikit kerana bila perut dah kecil, cepat rasa kenyang cuma bila lapar kerap makan selepas beberapa jam kemudian,” kata Aishah sambil berterima kasih kepada Dr Mustafa yang mengubah hidupnya kembali bertenaga.



Sementara itu, Dr. Mustafa  memberitahu dengan pelancaran M-Hope, beliau menyasarkan mampu membiayai kos rawatan pembedahan bariatrik kepada 12 individu obes yang kurang bernasib baik secara percuma.

“Saya menawarkan peluang kepada individu obes yang tidak berkemampuan untuk menjalani pembedahan bariatik secara percuma.” ujar Dr. Mustafa yang yakin ramai dalam kalangan mereka yang obes tidak mampu menjalani rawatan pembedahan bariatrik disebabkan masalah kewangan.

M-Hope diterajui Dr Mustafa dengan kerjasama Persatuan Sukan, Rekreasi, & Kesihatan Kuala Lumpur (Sure Sihat) dan Cengild GI Medical Centre (CGI) dengan sumbangan awal sebanyak RM348,000 bagi menanggung seramai 12 orang pesakit yang layak. 

Kekangan kewangan itu juga, kata beliau menyebabkan mereka tidak berpeluang menjalani kehidupan dengan sempurna waima berat badan berlebihan menyebabkan mereka mengalami obesiti tahap serius hingga memudaratkan kesihatan tanpa rawatan sewajarnya.

Dr, Mustafa menyampaikan keterangan mengenai pembedahan bariatrik dan fungsi penubuhan M-Hope kepada tetamu yang hadir.


"Keadaan sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana semua insan berhak menjalani rawatan untuk hidup sihat.  Pesakit wajar diberi peluang kedua untuk hidup lebih sihat dan cergas bersama keluarga tersayang selepas menjalani pembedahan.

Kesungguhan membantu individu kurang bernasib baik ini adalah inspirasi daripada bapanya yang juga seorang doctor di mana klinik percuma dibuka pada setiap hari Jumaat dan pesakit menerima rawatan secara percuma. 

“Sebelum ini saya  mengambil initiatif secara persendirian menawarkan rawatan percuma kepada pesakit kurang berkemampuan. Kini pelbagai pihak tampil menyumbang bagi membolehkan lebih ramai pesakit dapat dibantu, sekali gus merealisasikan penubuhan M-Hope,” jelad Dr. Mustafa dengan harapan ramai lagi akan menyumbang ke arah kerja amal kebajikan yang murni ini.



Pembedahan bariatrik yang menelan belanja dari RM29,000 ke atas mengikut jenis dan tahap pembedahan dilihat sebagai peluang kedua bukan sahaja kepada pesakit obes malah pada pesakit penyakit ‘tiga serangkai’ pun, sekali gus memberi nafas baharu kepada mereka untuk hidup lebih sihat dan cergas selepas menjalani pembedahan.

“Setiap orang  mempunyai masalah berlainan jadi sebelum menjalani pembedahan kami perlu mengenal pasti terlebih dulu sejarah kesihatan mereka,,” akhiri Dr. Mustafa. - KitaReporters


12
9
0
13
0

Copy Link: