Yasin diserbu petugas media selepas keluar dari mahkamah. - Kredit foto: Bernama

SEBUTAN semula kes dadah yang membabitkan penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman, 47, yang sepatutnya berjalan di Mahkamah Majistret dan Sesyen, Petaling Jaya pada hari ini, Rabu, 18 Mei 2022 telah ditunda kepada 22 Jun 2022 kerana laporan kimia belum diterima

Perkara ini dinyatakan salah seorang peguam Yasin, Ariff Azami Hussein kepada petugas media yang menunggu di pekarangan mahkamah.

Ariff turut memberitahu, Yasin mula menjalani rawatan bipolar di Hospital Sungai Buloh mulai semalam, 17 Mei 2022 dengan rawatan susulan menyusul dalam tempoh enam minggu ini di hospital sama. Rawatan itu dengan kebenaran pihak pentadbir Penjara Sungai Buloh.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Yasin Sulaiman

Peguam Yusmadi (bersongkok) dan sekumpulan penyokong Yasin. - Kredit foto: MStar

Pada 31 Mac 2022 lalu, Yasin yang merupakan anggota kumpulan nasyid kontemporari Brothers dan terkenal melalui lagu ‘Teman Sejati', ‘Mimpi Laila' dan ‘Salsabila’ ini berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya ni atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac 2022.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan susulan pendakwaan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu.
Yasin juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen kerana menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 6B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6B (3) akta sama.

Selain abang Yasin, Dr Zain Sulaiman, turut hadir pada memberi sokongan ialah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan.



Sementara itu, Yasin ketika ditemui berterima kasih kepada Syed Saddiq dan rakan-rakan yang hadir memberi sokongan kepadanya. "Semoga kerajaan mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik," katanya.

Ditanya tentang keadaan kesihatan dan penyakit bipolar yang dihidapinya, Yasin sambil tersenyum menjawab ringkas yang dia sihat dan baik-baik sahaja.

Saya sihat, alhamdulillah. Semuanya bagus... rawatan dah dapat. Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong terutama Syed Saddiq, Wardina Safiyyah, kumpulan Brothers serta Nurul Izzah Anwar. Terima kasih semua,” katanya.


Yasin menjadi tumpuan orang ramai di mahkamah. - Kredit foto: MStar

Dalam pada itu, Syed Saddiq pula berkata, dia  sudah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperhalusi cadangan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

Sementara itu, seorang lagi peguam mewakili Yasin, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff berkata, anak guamnya memberitahu dia hanya mendapat rawatan biasa sahaja.

Justeru, pihaknya membuat permohonan agar Yasin diberikan rawatan pakar kerana penyakit yang dihidapi Yasin bukanlah penyakit biasa dan dirujuk  kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Sementara itu Tabung Bantuan Yasin Sulaiman yang mula dilancarkan pada 27 April 2022 lalu oleh keluarga penyanyi dan komposer ini mendapat sambutan baik dan positif daripada orang ramai. Dan tabung bantuan itu terus berjalan untuk biaya kos guaman. - KitaReporters


15
13
0
6
0

Copy Link: