Gambar anggota polis tunaikan solat di barisan belakang jemaah di sebuah masjid di Taiping, Perak tular dalam media sosial.


DUA jemaah dikompaun RM1,500 seorang setelah didapati tidak memakai pelitup muka ketika menunaikan solat maghrib secara berjemaah di dua buah masjid di Taiping, Perak.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kedua-dua jemaah tersebut gagal patuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jemaah berkenaan dikompaun dalam operasi oleh Pejabat Agama Daerah Taiping dengan disertai anggota polis yang turut menunaikan solat berjemaah.

"Seorang jemaah dikompaun di Masjid Tengku Menteri, Matang dan seorang lagi di Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Matang Gelugor," katanya dalam satu kenyataan pada 27 Mei 2021.

Tambah beliau, sewaktu operasi  di Masjid Tengku Menteri seramai 27 jemaah menunaikan solat maghrib namun seorang didapati tidak memakai pelitup muka.

Katanya, pemeriksaan di Masjid Ar-Rahmaniah pula mendapati seorang lelaki tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam masjid berkenaan.

“Kedua-duanya yang masing-masing berumur 74 dan 57 tahun dikompaun RM1,500," ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
2
0
2

Copy Link: